Asslmmualaikum admin, mohon hide profil saya.Saya menulis cerita ini supaya pasangan yang berumahtangga membuka mata dan minda khusus nya orang lelaki iaitu suami agar memahami lah ketidak selesaan isteri apabila menumpang di rumah mentua kerna menantu perempuan perlu banyak berkorban untuk suami nya…
Selama 10 tahun usia perkahwinan saya, 9 tahun menahan sabar menumpang di rumah mentua dan berkorban segalanya. Betapa banyak pengorbanan dankesabaran yang perlu saya pertaruhkan demi untuk anak2 dan kebahagiaan keluarga…
Hati seorg isteri mana yang selesa bila setiap kali ada yang tidak kena pada rumahtangga, mesti isteri dan ibu yang di persalahkan. Adik beradik suami pasti menuding jari terhadap saya di atas segala kesilapan… Untuk pengetahuan admin, kak ipar saya turut tinggal di rumah mak mentua saya bersama anak2 dan suami. Di sini juga saya di uji adik beradik suami yang gemar perli memerli pergaduhan anak dengan sepupu dan krisis rumah tangga di mana pasti menjadi pergaduhan antara saya dan suami kerana saya meminta mencari rumah sewa..
Suami saya yang bekerja siang malam untuk menyelesaikan loan personal yang di amik untuk berkahwin pasti memarahi memaki hamun saya apabila soalan itu di tanya.. Depression saya alami hingga membuatkan saya pernah terfikir untuk m@ti bersama anak2 untuk keluar daripada belenggu permasalahan tetapi sering kali niat terhapus bila memikirkan saya beragama islam..
Hubungan saya dengan ipar duai memang sangat dingin kerna saya tidak selesa sering di jadikan objek perli memerli gara2 dalam adik beradik suami, hanya saya beranak ramai dan rapat iaitu 3 orang.. Berbeza pula adik beradik suami yang hanya ada seorang anak dan dua orang anak.. Pokok nya semua mengenai diri saya pasti akan di jadikan bahan umpatan, salah dan di nilai oleh ipar duai yang konon2 nya bijak pandai dalam hal rumahtangga… Saya jadi suka menyendiri, sering mengingatkan pada anak2 mengenai menumpang rumah nenek, menasihati anak2 agar jaga adab, nilai positif di terapkan kerna menumpang di rumah orang..
Ada suatu hari, saya terdengar pergaduhan di antara anak dengan sepupu mereka mengenai rumah. Bagi anak buah saya, rumah tersebut adalah rumah mereka bukan rumah nenek.. Sebaliknya anak saya pula berkata rumah nenek adalah rumah nenek, kita hanya menumpang. Lalu terjadilah pergaduhan anak2 yang menyebabkan anak saya d pukul kerna memberitahu kebenaran nya.. Saya memberitahu suami saya mengenai pergaduhan anak2. Hari berlalu begitu dingin. Saya semakin tidak dapat menahan perasaandan akhirnya saya failkan cerai..
Seterusnya bekerja sambil belajar di mana bukan mudah kerna perlu fokus pada 3 perkara iaitu anak, kerjaya dan belajar. Suami pula selepas bercerai mula membuka minda bahwa selama tempoh berkahwin, kesilapan terbesar adalah menumpang d rumah ibu nya.. Hingga kan saya kini memilih untuk meneruskan hidup bersama anak2 tanpa suami kerna tidak mahu terluka lagi. Tragedi demi tragedi dalam rumahtangga membuatkan saya serik bergelar seorang isteri hingga kan biarpun sudah 5 tahun bergelar janda tetapi tetap segar dalam ingatan…
Kini saya lebih selesa hidup menjanda, berkawan baik dengan bekas suami demi anak2. Pernah berkali2 di pujuk oleh anak2 dan ex untuk kembali bernikah semula dengan ex suami tetapi trauma membuatkan saya tidak sudi lagi..
Pengalaman yang saya miliki ini membuatkan saya selalu mengingatkan anak2 agar apabila sudah berkahwin, jangan tinggal bersama mentua kerna ianya bukan saja memerlukan pengorbanan yang besar, tetapi kesabaran yang tinggi. Kini saya sudah berumur 45 tahun. Dalam usia yang sudah senja ini, saya lebih suka menghabiskan diri dengan ilmu agama daripada sibuk memikirkan ingin berkahwin lagi kerna cinta saya adalah satu iaitu Allah.. Buat ex suami, sesungguh nya cintaku hgga akhir hayat tetapi untuk kembali bersama itu amat mustahil kerna kelukaan itu terlalu mendalam.. Biarlah kita kekal menjadi sahabat dunia akhirat.
Aku sentiasa mendoakan ada wanita lain yang berjaya menggantikan aku sbg seorg isteri mu. Syurga seorang anak lelaki memang terletak pada seorang ibu tetapi belajar lah memahami hati seorg isteri yang ingini rumah sendiri biarpun kecil, buruk tetapi mendamaikan membahagiakan… Rahsia rumahtangga tidak perlu d ketahui oleh ipar duai kerna ianya hanya merumitkan keadaan… Biarlah menjadi rahsia buat pasangan rumahtangga. Rumahtangga perlukan privasi tanpa campurtangan ipar duai mahupun mentua. Sebelum menikah, pasangan perlu mencari rumah sewa untuk keselesaan sendiri dan mengelak semua krisis kekeluargaan. Sekian terima kasih




