Lelaki tak pernah puas atau suka mencuba sesuatu yang baru atau hubungan dengan isteri dah kurang romantis disebabkan anak-anak yang masih kecil? Hai, panjang tajuk. Tiga bulan lepas aku ada berkenalan dengan seorang lelaki. Aku mengenali lelaki itu daripada sebuah program syarikat. Aku terpikat dengan sikap kepimpinan yang ada pada dia sepanjang program. Dan memandangkan kami satu team, aku sangat kagum dengan personaliti yang dibawa.
Bagi aku dia sempurna dan apa yang membuat aku tertarik sebab personaliti yang jadi keutamaan. Rupa dia tak menarik mana pun sebab aku tertarik dengan dia bila di hujung program. Memandang kan aku ni perempuan yang agak tidak reti berhubung dan berkomunikasi dengan baik dengan lelaki selain bidang kerja. Aku jadi seronok dan teruja bila dia yang aku suka dalam diam wasap aku sehari selepas habis program..
Tapi aku agak kecewa sebab gambar wasap dia gambar anak dia.. Dan memang dia dah kawin. Dia tak berselindung tipu dia belum kawin. Nampak tak personaliti berani dan jujur dia disini? Orang panggil lelaki budiman. Tak ada tipu-tipu lah.. Aku amik masa stalk FB dia. Semua posting dia di FB semua sweet2 dengan wife dia. Dan dia kenal wife dia dari zaman belajar. Kalau buka FB dia, aku boleh tahu kronologi percintaan diorg.
Wife dia. Cantik sangat. Anak tiga tapi badan masih slim. Muka terletak. Hidung terletak. Gigi tersusun. Bekerjaya dan aku yakin wife dia jenis utamakan keluarga.
Sebulan kenal. Aku makin cair. Makin kerap berjumpa. Makin kerap lupa batasan. Sebulan selepas aku mula sedar. Aku muda lagi. Dan aku boleh dapat yang lebih helok dari itu. Dan aku ambil keputusan taknak berkomunikasi dah, dia hormat keputusan aku dan sekarang kami hanya berkomunikasi bila melibatkan hal kerja sahaja.. Dan kami dah tak lagi berkomunikasi..
Perkenalan aku dengan suami orang ni buat aku fikir jauh dan aku tak boleh nak agak macam mana suami aku pula nanti..
Isteri bekerjaya.. Isteri cantik.. Isteri yang berjuang bagi masa pada keluarga.. Isteri yang nak hidup dia dengan pasangan dia sempurna ketika usia pernikahan stabil.. Belum mampu ikat kesetiaan lelaki.
Aku sampai fikir sebenarnya poligami tu ok. Kalau suami kau macam di atas..




