Assalamualaikum. Admin. tolong hide fb saya ye. tq. Saja nak luahkan,sbb terlalu kesian pada mak saya. saya ada seorang abang dan sudah berumahtangga.dlm 4 tahun lepas. abang saya dan isteri tinggal dengan mak dan adik beradik saya yang lain. saya cuma nak luahkan, saya tak berapa suka dengan perangai akak ipar saya. sebab dia jenis mulut celupar. suka mak*2 abang saya. mentang2 abang saya kerja biasa2 je. akak ipar pn bekerja, tapi biasa2 je lah. dia kata macam tu mungkin sebab dia bekerja. Anak da 2 orang. anak, kebanyakan urusan abang saya yang uruskan. isteri dia sibuk kerja, jadi abang saya je yang ada masa untuk jaga anak.
Bukan apa min,saya kesian tgok kat mak saya. selalu dia telan perasaan kdg2 menangis dalam hati. kadang2 menangis depan kami. kami pn kadang2 menangis tgok mak. sebab selalu dengar akk ipar saya tu kzlau brgaduh dengan abang saya, di mak*2 teruk2 kami kadang2 yang kat ruang tamu mema g akan terdengar abang saya dimak*2 masa diorang bergaduh dlm bilik. Konon tutup pintu bilik ingat kami semua tak boleh dengar. saya pn tak boleh ngam lah dengan akk ipar yang mcm tu min. Sebab dia kalau cakap sesuatu, mulut dia memang pedas lepas tu sikit2 merajuk dah la anak dia tu kalau abang saya kerja mak saya yang kena jaga. mak saya tu dah tak larat dah tua. anak dia pulak jenis yang macam hyperaktif. mmg ribut rumah masa mak saya jaga.
Akak ipar tu tau lah dia bkerja, tapi time dia balik rumah, terus masuk bilik. langsung tak tolong mak saya dari segi masak, basuh pinggan, semua lah. dia laki dia pn tak tau jaga. semua yang abang saya nak buat, kena buat sendiri, nak makan sesuatu, suruh mak saya yang masak kn. kira bini dia lepas lah tanggungjwb yang lain. cuma dari segi duit je dia tolong ank. tolong suami cri duit makan tak ada. asyik order barang online je. balik2 kerja, mengadap phone. maaf lah ye, bukan nak mengata apa. cuma saya pelik tgok akk ipar saya langsung tak ada perasaan kesian pada mak saya.
Abang saya pn cari duit utk bantu keluarga jgk, tp setakat keluarga dia je lah. untuk mak ayah, adik2 mmg tak lepas. utk pengetahuan min, saya mmg tak duduk situ. sbb saya dah berkahwin. duduk jauh sikit dari mak ayah saya cuma dlm 1 negeri lah. kdg2 balik sana, saya tgok kan je perangai abang saya laki bini. tak tau lah nak ckp apa.skrg diorang dah pindah. tapi masih lagi menyusahkan mak saya dari segi jaga anak dia. dulu masa baru2 kahwin, bangga kata ala.. anak nnti boleh duduk dengan babysitter. Tapu tgok2 myusahkan mak saya jgk kn. bak kata orang, tak mampu, kena la sendiri jaga. kita orang adik beradik mmg tak ngam ngan akk ipar tu. sbb jenis tak boleh ditegur. aishh, tak paham lah saya min. kdg2 rasa,pikir negatif je yelah,sbb tak suka dia. faham2 je lah kan min hihi




