Saya tau saya banyak kekurangan sebagai seorang isteri , tapi saya sedaya upaya melakukan yang terbaik untuk suami dan tiga orang anak saya .
Semasa suami tak bekerja , saya lah yang bekerja menanggung hidup, Anak suami yang jaga tapi dia asyik mengeluh katanya kalau nak dia jaga anak, kena belikan dia rokok dan reload.
Anak saya yang sulung lah yang menjaga adik- adiknya, anak mengadu bapa mereka asyik menghadap game, tak pedulikan mereka pun, saya rasa geram sangat, saya kata kat suami kalau abang tak nak jaga anak abang cari kerja .
Dia kata boleh tapi dia nak kerja ikut kawan dia.. mula² saya tak benarkan, dia asyik pujuk dan menyakinkan saya bahawa dia akan memberikan kehidupan yang lebih baik sebab gaji kat sana tinggi.
baik saya benarkan, janji tiap bulan duit belanja tak boleh putus..
Maka bermulalah kehidupan pjj dengan suami, selama 5 bulan memang duit belanja tak pernah putus, tapi masuk bulan ke6 ,ke7 ,ke8 langsung tak ada suami kirim duit , saya tanya dia kenapa dia buat mcm tu , dia kata nak bayar ini lah itulah sedih rasa hati nasib baik saya tinggal kat rumah mak, mak kata sementara ini biarlah dia yang tanggung perbelanjaan cucu² dia mak saya ada buka kedai runcit , mak suruh banyak² bersabar ,mungkin suami ada masalah doa yang baik².
Tapi hati saya berkata lain saya rasa suami dah ada orang lain, saya call dia, saya paksa dia bagitau apa sebenarnya yang berlaku tapi lansung dia tak nak mengaku, saya tak puas hati .
Tiap² dalam solat saya ,saya minta petunjuk pada Allah apa yang telah berlaku, saya kasihankan anak² saya .
Asyik bertanya tentang bapa dorang tapi suami lansung tak ingat anak² dia .
Tak lama kemudian saya menerima panggilan dari suami, dia kata ada benda nak bagitau , akhirnya saya dapat jawapan yang saya nak.
suami bagitau dia dah jatuh cinta dgn janda berusia 41 tahun janda anak 1 patutlah kebelakangan ini susah nak bagi duit rupanya ada tanggungan lain memang saya rasa sangat marah saya cakap dengan suami kenapa sanggup buat mcm tu tak ingat anak² lagi ke? Suami cakap janda tu sangat bahagiakan dia , ada ciri² wanita solehah , solehah??? Solehah ke meruntuhkan masjid orang lain
janda tu minta saya lepaskan suami merelakan mereka untuk bersatu ,suami pun merayu kat saya supaya melepaskan dia ,helooo? Kau ingat kau perempuan ke?nak suruh saya lepaskan kau
Akhirnya suami lafazkan talak 1 pada saya, dan dia desak saya pergi mahkamah untuk mengesahkan cerai tu , setelah semua pengorbanan saya selama ini, suami buat mcm nie, anak² pun dia tak pernah tanyakan khabar, terima kasih pada wanita yang telah meruntuhkan masjid saya, tak apa lepas ni saya akan tuntut hak saya kat mahkamah termasuk nafkah anak² saya dan kamu kena siap sedia kalau awak gagal beri hak tuntutan saya saya akan saman awak juga. awak tinggalkan saya dan anak² semasa saya tiada apa² , nasib baiklah mak saya sentiasa disisi memberikan sokongan untuk saya
Andainya bapa saya masih hidup pasti dia akan pijak awak hidup² suami dah tak ada mak dan bapak. Dan untuk bakal isteri bakal bekas suami saya semoga awak akan bahagia dengan laki muda awak tu yang telah awak ambil dari saya, dan anak², dan untuk bakal ex awak kena siap sedia ,sebab saya akan menuntut hak² saya dan anak² dimahkamah nanti .




