Pape pun tolong hide profile aku, tq min..
As salam, selamat malam..
Aku tak tahu nak mula macam mana, macam ni lah aku izinkan suami aku kawin lain.. 3 hari derat ruma aku riuh dengan isu ni, mak aku pun dah tahu pasal ni.. Cuma belah mertua je tak tahu lagi, ingat raya ni aku nak cakap dengan mertua.. Aku betul izinkan dengan hati terbuka dan aku ikhlas, masalahnya sekarang suami aku tak nak..
Kenapa dia tolak? Aku ada cakap dengan suami kalau dia dah ada jodoh make sure yang pertamanya perempuan tu kena terima anak2 kami yang keduanya kalau dia pilih janda make sure janda tu tak ada anak, aku bukan apa kalau dia pilih janda ada anak nanti anak2 aku terabai.. Aku ada alasan tersendiri izinkan suami kawin lain so jangan nak kondem atau kecam aku macam teruk sangat aku nie..
tolong lah komen yang membina sikit