Salam min tolong post mintak pendapat ahli KRT sekalian cerita dongeng saya ni..saya baru berkahwin 1tahun belum ada zuriat. Isteri saya suri rumah. saya tinggal berdua dengan isteri. saya bingung la min isteri saya ni tak suka bila mak saya datang rumah tinggal berbulan2 dengan kami. mak saya umur 64. Ayah saya tinggal negeri lain dengan bini no2 dia, jarang balik. Isteri saya ni setiap kali mak saya nak datang rumah isteri selalu mintak hantar balik rumah mak bapak dia bila mak saya datang rumah sebab nak tinggal dengan kami.
Saya pernah gaduh besar dengan isteri sebab hal ni lah dan saya pernah tanya isteri kenapa macam tak suka mak datang rumah apa mak dah buat sampai tak selesa sangat bila mak ada sini, dia kata dia nak privasi, nak hidup berdua je dengan saya tak ada gangguan. lagipun mak saya pernah banding2kan isteri saya dengan menantu dia y lain. mungkin sebab itu isteri saya dah tak selesa bila mak saya datang rumah.
MasalahNya tu mak saya min takkan saya nak bagitau mak saya y isteri saya tak suka dia tinggal dengan kami, isteri saya tak suka dibanding2kan dengan orang lain. tengah buntu ni min, nak marah pun tak tau nak marah sapa. Nak marah mak takut jadi anak derhaka, nak marah isteri kesian pulak sy nk jaga hati isteri juga. minta pendapat warga KRT sekalian. terima kasih.




