Assalamualaikum warga krt , ada cerita sikit saya nak luahkan, suami saya ni dah lama takde keje sebab dia keje dia ni lain . Dia bwa lori so ikut luck la kalau barang ada , ada la kalau tak ade2 la. Saya berdoa dengan allah semoga allah permudahkn rezeki suami saya semoga dimurahkan rezekinya. Semalam dia keje . Balik tu dia bagitau dekat saya barang banyak alhamdulilah. Dia dapat gaji komisen almost 3k saya pun tegur la dia saya cakap bagi la saya duit belanja sikit sebab rezeki dia tu datangnya dari doa isteri dan anak2 dia pun bantah apa yang saya cakap.
Dia kata rezeki tu datang sebab dia keje Tak ada istilah sebab isteri jadi saya pun bgitau lah rezeki dia tu datang dari isteri sebab isteri duk berdoa dengan allah semoga dimurahkan rezeki suamiku tapi dia tetap bantah mesti korang pun tau kan perasaan saya? Dia jarang sangat bagi nafkah dekat saya. Memang jarang nak hulur duit buat saya belanja beli barang keperluan . Hulur sikit pun tak apa asalkan ada lah ubat penat saya menjaga anak anak , jaga rumah . Dengan perut tgah memboyot . Dia selama tak kerja saya jugak yang banyak bantu sebab saya buat dropship jual2 kan barang barang orang , dapat la sehari 20ringgit . Itu lah duit tepi saya kadang2 teringin beli apa2.
Kadang2 teringin jgk nak merasa duit suami. Teringin nak rasa suami yang hulur sendiri tak perlu di minta. Susah sangat. Saya minta pun tengok lah nanti di bagi berapa. Kalau dia bgi 50 je memang melampau sangat la. Dia dapat 3 ribu. Bagi bini 50 je. Patutla selama ni rezeki dia sempit. Mungkin sebab dia kedekut dengan saya. Tak pernah bahagia kan hati saya. Tak pernah tolong jaga anak, tak pernah nak bawa anak bini berjalan . Berkira sangat . Saya ni teringin nak berjalan makan sedap2 pun dia berkira dia kata camana duit nak tersimpan kalau keje saya asik nak makan je.
Saya memang pendam kat dalam hati ni apa yang dia cakap. Minta allah buka kan la pintu hati dia. Tolong lah jangan berkira dengan isteri . Isteri sggup jadi suri rumah sepenuh masa untuk menjaga zuriat awak , untuk menjaga makan minum awak . Urus pakaian awak . Urus rumah . Sanggup tak kerja demi berbakti pada awak wahai suami . Tak pernah ke awak kesian sikit pun dekat isteri? Bahagiakan lah hatinya bgi dia sagu hati untuk hilangkan penat nya 24 jam dekat rumah menguruskan anak anak dan awak . Jarang sekali jejak kan kaki keluar jalan jalan hilangkan tension. Sumpah saya sedih , tapi ini dah takdir saya.
Saya sedih tgok org lain bahagia dengan suami, suami hadiahkan cincin . Suami bawa jalan2 , saya ni cincin kawin pun saya gadai untuk tolong suami sebab takda duit . Tapi kenapa bila dah ada duit sangat berkira dengan isteri? Bawa isteri jalan jalan pun dah ckup bahagia . Ni nak bawa isteri berjalan pun berkira . Allahu . Bagi la saya kata kata semangat! Saya tension saya takut dy despresion . 24jam dkt rumah mnghadap anak2 . Mnghadap rumah bersepah disebabkan anak2 . Bgila saya semangat untuk terus bersabar . Wahai para suami tolong hargai dan bahagiakn lah isteri korang nukilan dari hati seorang isteri