Saya cerita pengalaman saya sebagai ibu tunggal selama 4 tahun membesarkan anak (lelaki) saya sendiri hasil pernikahan Dengan bekas suami. Sekarang saya telah berkahawin Kali ke 2 Dan Alhamdulillah dikurniakan seorang cahaya mata ( anak lelaki)
Sekarang baru masuk tahun ke 2 perkhwinn kami. masih lagi mengenali antara satu sama lain..
Cerita saya bukan tentang pernikahan kedua. tetapi pahit getir dengan bekas suami yg sebelum ni.. kami bercerai dengan cara baik dlm mahkamah. Anak tinggal bersama saya. Waktu kami bercerai tu anak sya baru 3 bulan saya pindah duduk dengan emak saya di kampung. yes awal2 penceraian saya terasa berat dan kadang2 putus Asa.
Tetapi saya terfikir anak saya yang perlukan seseorang untuk besarkan Dia Dan didik Dia Dan berikan kasih sayang. anak saya itu la penguat saya untuk bangkit Dan jgn putus asa. Saya bersyukur family saya terima saya Dan anak saya semula. Kehidupan sebagai ibu tunggal/ janda adalah sangat2 dipandang sinis Oleh masyarakat ..
Saya besarkan anak sya sendiri dan waktu Dia membesar selalu masuk keluar wad disebabkan Dia Ada asthhma sejak dari lahir bermula dari br0nchitis dan akhirnya dapat asthhma sampai umur Dia dah masuk 1 tahun baru bekas suami saya sibuk2 nak jumpa dan jaga anak saya. Time anak saya masuk wad Dia hanya datang kejap dan amik gambar anak Dalam 15 mnit Dia balik. duit nafkah pon tak bagi.
Bila bekas suami dah mula nak amik anak dan saya terus failkan kes tuntutan nafkah dan hak jagaan anak. Berbulan2 saya berulang alik ke mahkamah. kena bayar fees untuk submit borang di mahkamah Dan lain2. Saya buat macam2 pekerjaan. jadi supervisor cafe, admin, guru tadika, pengasuh, cuci2 rumah orang. saya tak kesah apa pon org luar nak fikir tentang saya sebab masa tu saya hnya fikir nk bagi anak sayaa makan dan besarkan anak saya.
Ya Allah tuhan ni Maha mengetahui. Rezeki anak saya ni tak pernah putus pun ada je rezeki Dia Dan Ada kawan2 yang hulurkan bantuan. Tak pernah lagi anak saya ni tak ckup makan dan pakaian. Yes hak jagaan dan nafkah anak dapat saya selesaikan tapi makan masa berbulan2 Dia mahkamah. duit habis sebab kes ni jangan cakap la. Tpi demi anak saya usahakan.
Semua saya sendri cari duit. nak bayar kereta. nak bayar anak sekolah segala2 nyer saya urus dan cari sendiri. Saya pon tak tahu dimana saya dapat kekuatan untuk bkerja keras selama ni.. Alhamdulillah sekarang anak saya dah 4 tahun lebih. Dia sihat dan dah bnyak cakap dan bijak dan sangat2 membantu saya sekarang bila dah Ada adik ni..
Bekas suami? Masih sama dan nafkah dah 1 tahun tak bayar dan tak jumpa anak dia dan kes nafkah tertunggak belum selesai di mahkamah. Tak ape la saya anggap kami masih dianiaaya Oleh bekas suami Dan didunia Dia boleh lari dari tnggungjwb sebagai ayah tapi nanti disana Dia merangkak la cari kami.. hidup ini karma. Bagi ibu2 tunggal di luar sana jangan sesekali putus asa Dan ingat Allah Ada bersama kita orang2 teraaniaya. Kuatkan dirimu demi anak2. Insyaallah akan Ada sinar baru.




