Hi min, tolong hide my profile ya. Selalu baca je kisah2 orang dalam KRT ni. Nak share untuk diri sendiri pulak. Saya berkenalan dengan suami hampir 10 tahun. Masa mula2 kenal dulu, pernah bercinta sebulan lebih tapi saya minta putus, sebab takde perasaan cinta kat dia. Terima pun sebab time tu baru lepas putus dengan ex. Dia sedih banyak2 time tu and bagi syarat, even dah berpisah.. dia nak jadi abg angkat. saya terima. dan dalam masa beberapa tahun saya sambung bljr, dia ambil hati family saya termasuk lah belah2 saudara sampaikan family semua suka dia.
Dia memang baik. Seorang yang romantik, tak pernah lupa wish harijadi saya setiap tahun. Belikan bunga, ambil dan hantar bila cuti sem. sampaikan saya cakap pada kawan baik. Memang bertuah perempuan yang bekahwin dengan abg saya. Sampai ada satu ketika, saya jumpa dengan lelaki yang saya minat banyak (dia pun tahu) pun dia teman. Saya tak tahu lah apa perasaan dia waktu tu bila difikirkan balik. Sampai lah saya dah bekerja di sebuah syarikat. Alhamdulillah, kerjaya saya berkembang dengan baik. Hubungan kami masih kekal sebagai abg dan adik angkt. Suddenly, mak saya bising suruh kawin cepat.
Saya pula memang tak ade bf sebab terlalu busy dengan kerjaya. Lalu, family hanya minta terima abang saya masuk meminang. Saya waktu tu buntu sebab memang takde perasaan cinta langsung pun dengan dia. Saya sanggup terima lamaran orang yang saya tak pernah saya jumpa berdepan asalkan bukan kahwin dengan abg angkat saya waktu tu. Tapi, tak kekal lama. putus di tengah jalan sebab lelaki tu ada perempuan lain. Selama 3 tahun juga saya hilang arah dan mencari semangat semula. Bila family tengok saya dah ok siket.. Diorang mula bising supaya saya cpt2 kahwin.
Kebetulan, dalam masa yang sama, saya jatuh hati dengan suami orang, 1 kerja dengan tempat saya sukar saya nak gambarkan perasaan cinta ni.. sakitnya bila saya fikir tak mungkin saya dapat bersama dengan dia. Saya buntu. Saya pergi travel sorang2 saya fikir dalam2. Seramai-ramai kawan lelaki yang baik pada saya Saya hanya nampk abang angkt saya. Balik dari bercuti saya terus terima dia. dan tak lama lepas tu kami bertunang. Dia lah yang banyak fikirkan hal-hal persiapan majlis perkahwinan. Saya pulak hanya berfikir, betulkah keputusan yang dibuat ini. Sedangkan saya cuba untuk mencintai dia. Tapi tak boleh.. Saya hanya teringat orang yang saya cintai itu. (Suami orang).. Lalu dengan hati yang saya paksa.. Saya terima.. Cinta itu tak semestinya memiliki.
Saya berkahwin dengan orang yang saya tak cintai untuk kebaikan bersama.saya tak nak ganggu rumah tangga orang sebab saya sendiri pun tak sanggup untuk bermadu. Saya terima suami saya sekaran dengan niat kahwin kerana Allah. Beberapa bulan sebelum di akad nikah barulah saya tahu saya bukan anak sah taraf yakni kena berwalikan hakim Tuhan sahaja yang tahu. Mak saya menangis melutut meminta maaf, saya dengan hati yang hancur maafkan mak saya sebab saya tahu kepayahan dia membesarkan saya dan memberikan cukup didikan. Saya waktu tu, rasa macam dah tak nak teruskan pernikahan tu. tapi abang saya waktu tu lah yang banyak memberi kata semangat. Dia tak kisah saya ni mcm mana.. sebab dia dah tunggu saya hampir 10 tahun. Dia cintakan saya. Dia akan jaga aib saya sbg suami.
Alhamdulillah, selepas kami berkahwin sehingga lah sekarang, banyak yang saya belajar.. Kahwin atas dasar niat kerana Allah itu banyak kebesarannya. Saya bersyukur dapat suami yang banyak2 bertanggungjawab, semua urusan dia lah yang paling excited sekali nak buat. nak2 bila saya disahkan badan berdua, tak minta diurut, dia yang dtg urut. Belikan segala kelengkapan utk saya rasa selesa. Dilayan macam puteri..tak pernah sekali pun saya dengar dia mengeluh, meninggi suara apatah lagi sepanjang saya kenal dr 10thn lalu.. Dan saat yang paling indah, bila kami solat berjemaah..saya mengaku ego saya memang tinggi, tapi bila dia jadi imam, ego saya tu lenyap. Makin hari, saya makin sayang padanya.. Saya bersyukur banyak pada Tuhan sebab hadirkan suami yang banyak2 penyayang dan bertanggungjawab.
Bila difikir2, rupa2nya saya lah perempuan yang bertuah yang pernah saya cakap pada kawan baik..Semoga ianya terus berkekalan sehingga akhir hayat. aminn. Nasihat saya pada mereka yang masih was2 dengan pilihan.. Betulkan lah niat. Fikir dalam2 sebelum buat keputusan..Terimalah orang lebih sayangkan kita. InshaaAllah, akan kekal bahagia…




