Assalamualaikum followers dan likers KRT. Saya terpanggil utk berkongsi kisah rumah tangga saya dengan pembaca semua. Saya seorang wanita yang berkerjaya dan berpendapatan hampir mencecah 20k sebulan sementara suami saya sudah tidak bekerja kerana kesihatan tidak mengizinkan.
Kami dah berkahwin hampir 15 tahun tapi masih belum dikurniakan zuriat. Apapun kami redha. Rezeki datang dlm pelbagai bentuk. Saya redha dengan ketentuan ini. Walaupun suami tidak bekerja tetapi rumahtangga dia yang uruskan. Kemas rumah luar dalam dia yang buat. Dari mengemop, menyapu lantai dan sawang dan semuanya 100% dia yang uruskan.
Bukan nak kata saya ni besar kepala dan bersifat bossaya tapi memang suami macam tu. Dia memang suka mengemas. Tiap kali saya keluar jumpa kawan atau ke mana2 bila balik rumah je lantai berkilat
Dan suami memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada saya. Pernah 2 kali saya mengeluh kerana suami tak bekerja. Saya rasa dibebani. Tapi berkat doa saya siang malam Allah bg petunjuk. Rumah tangga kami kekal bahagia. Alhamdulillah.
Satu je nasihat saya…jika ada ketegangan dalam rumah tangga jangan lah bercerita pada sesiapa. Mengadulah pada Allah dan berbincanglah suami isteri. Bila mengadu pada kawan banyak buruk berbanding yang baik. Manusia ni tak sama. Bila kita bercerita mulut kata kesian tapi dalam hati adalah sebaliknya. Ramai yang suka tengok kemusnahan rumah tangga kita. Jadi beringatlah. Saya tak pernah mengadu pada sesiapa walaupun keluarga sendiri. Tempat saya mengadu hanyalah Allah. Tu je serba ringkas kisah saya. (Hide profil please)




