Salam warga krt semua. Bertahun makan hati berulam jantung. Bila disuarakan dikatakan tak hormat suami. Tak ada teman nak berkongsi rasa. Saya nak tanya para suami dalam krt ni. Memang dengan isteri perlu berkira ke pasal duit??
Saya bekerja malah banyak bantu suami dari segi keperluan harian. Rm450 sebulan. Alhamdulillah saya bersyukur apa yang dapat ni. Tapi beli barang dapur ..mandian..ubatan2..Yang ini saja hampir 300 habis. Balance tu tapau kalau masing2 balik lambat sebab saya tak sempat masak. 150 mungkin untuk 15 hari saja.
Kadang tiba2 dia request nak saya masak best2 sikit saya beli barang basah lagi. Ada barang habis saya akan beli. Tapi dia tak pernah tanya ada duit tak. Saya tak berani nak minta nanti dia akan soal 450 tu. Utilities semua saya bayar. Sewa rumah 1/3 saya tolong bayar. Kerja rumah tak pernah tolong. Saya lah buat itu dan ini. Bila minta tolong bertangguh2 sampai la saya buat sendiri. Beli barang apa2 untuk kami walau 20 ringgit akan disebut2 2 @ 3 hari baru habis. Rugi la. Habis duit la. Saya diamkan saja. Perabut rumah tak ada. Saya nak, beli sendiri. Alasan sebab menyewa. Tak payah beli apa2. Tak pernah beli apa2 istimewa untuk saya.
Tak minta sangat pun, tapi tak merasa apa2. Tengok orang pakai emas, saya beli emas Korea. Jadilah. Saja nak seronok2. Dia tahu sebab dia pernah tegur. Saya bukan tak boleh beli tapi saya banyak tanggungan. Kereta, loan belajar, tolong Mak ayah di kampung, loan lain2 sikit. Boleh kata nak beli apa2 semua duit saya sendiri. Lain pula cerita bila untuk keluarga dia. Sangat baik orangnya. Adik tak cukup duit untuk bayar loan, dia tolong. Belikan Mak gelang. Tolong ayah keluarkan motor sebiji. Alhamdulillah hati saya tak pernah rasa irihati. Balasan syurga untuk dia baik dengan orang tua. Dia bagi duit bulan2 pon saya tak pernah tanya.
Dia banyak bantu keluarga sebab tu Allah selalu murahkan rezeki dia bila naik gaji dia selalu cakap ni rezeki dia tolong Mak ayah dia dan doa2 Mak dia dia dapat semua ni saya diam dan senyum saja. Saya berani cakap apa2 sebab takut jadi gaduh. Jauh disudut hati saya.. Siapa la saya ni pada dia. Tak ada langsung dia cakap berkat doa saya juga @ rezeki isteri. Kadang2 saya rasa, saya ni wujud sebagai membantu untuk keperluan dia saja. Ada orang sediakan makan pakai. Pernah kami keluar semua saya support. Konon nak seronok2. Saya okay je sebab saya ada duit lebih. Ada sekali tu dia plan nak bercuti dengan family dia, dia bajet 1000. Wahhh.. Terkejut saya. Then siap tanya saya cukup ke tak? Dia kata tak cukup dia nak combine duit dengan saya. Saya cakap in shaa Allah.
Tapi keadaan jadi tegang sikit sebab dia cakap boleh la, jangan kedekut sangat nak belanja. Wah2.. Dengan tembakan padu sambil senyum sinis saya cakap. Awak satu sen pon tak pernah belanja Mak bapak saya. Dia cakap nanti dia belanja. Dari situ la saya mula berkira dengan dia. Tolong beli apa saya akan minta duit. Dulu saya terlalu sayang sampai jadi cemburu sebab dia suka layan chat dengan perempuan. Dia keluar dengan kawan saya anggap dia keluar dengan Betina. Hari2 gaduh. Selalu dimakinya saya. Tapi sekarang saya sangat2 berubah. Saya sibukkan dengan kerja, aktiviti dengan kawan2.. Hati tu dah cukup terluka. Berkira yang yang teramat sangat dengan saya. Dulu tiap2 bulan saya belanja dia. Tapi bila saya pikir balik sikap dia tu baik saya simpan duit kan. Komen sikit suami2. Nak tahu juga kenapa berkira sangat?