Assalammualaikum. tolong hidekan profile saya. Saya dah berkahwin 6 tahun dan mempunyai 3 orang cahyamata. Saya hanya ingin berkongsi dan minta pendapat sahaja. tiada niat nak membuka aib suami. Bergini, sejak saya mula berniaga kuih muih, suami saya mula berkira dengan saya. Alhamdulillah sejak saya berniaga rezeki saya dan anak2 tak pernah putus ada sahaja rezeki untuk dorang tapi bila saya dah ada duit sendiri, saya perasan suami mula berkira dengan saya dalam banyak perkara.
Sehingga barang keperluan saya termasuk sikat pun dia suruh beli sendiri.
Barang keperluan niaga dia suruh saya beli sendiri guna duit sendiri. Gas memasak, dapur, minyak, gula, tepung untuk niaga semua dia suruh asingkan. jangan guna barang untuk rumah. Gas rumah habis, dia siap pesan awal2 suruh saya beli guna duit saya. Sebab saya banyak guna untuk niaga. Tu belum bab saya nak pulang ke kampung saya. Dia dah pesan awal2 kat saya suruh saya simpan duit sendiri kalau nak balik kampung saya, Dia tak akan keluar walau sesen pun. Allah sedih sangat saya sekarang admin. Terasa sangat.
Dia balik kampung dia ada pulak duit ye. Saya tak pernah nak berkira dengan dia dan ahli keluarga dia. Bila saya minta duit nafkah dengan dia, dia bagi alasan yang dia dah bagi cukup kat saya. tempat tinggal, pakain duit dapur. Sedih sangat admin. Dah lah berkira dengan saya. suka mengungkit pulak tu. Apa yang perlu saya buat. Puas dah berendam air mata. Cakap dengan dia pun macam tu gak perangai dia. Terima kasih.




