salam KRT. Saya janda anak 2. baru bercerai dengan suami dan akan habis eddah lagi beberapa minggu. Untuk pengetahuan para pembaca punca saya bercerai adalah disebabkan dosa besar saya berz!na dengan lelaki lain dan walaupun perkara tu berlaku hanya sekali, tapi saya rasa sangat2 menyesal dan berd0sa, lalu memberitahu perkara sebenar kepada suami dan meminta cerai.
suami seorang yang berkerjaya hebat, jarang berada di rumah, tidurnya cume 2 hingga 3 jam satu hari dan saya sering rasa kesunyian sebab suami selalu kepenatan. saya tau d0sa sebagai isteri atas apa yang telah saya lakukan. disebabkan rasa sunyi kami sering bergaduh dan saya ambil jalan mudah meluah rasa kepada lelaki bukan muhrim dan akhirnya kami membuat d0sa besar sehingga ke atas katil.
lelaki yang saya percaya adalah seorang yang berkerjaya profesional dan sepatutnya membantu masalah saya yang ada penyakit MDD dan telah beberapa kali msuk hospital akibat cubaan bunnuh diri dan tekanan perasaan. tapi rupanya hubungan professional itu berakhir dengan cara paling keji yang saya sangta2 nak elak kan selama 12 tahun perkahwinan dengan suami yang sangat workah0lic.
sekarang hari2 saya menangis atas tikar sejadah menyesal atas perbuatan saya. berapa banyak saya solat taubat, mengaji dan mintak ampun pada suami pun saya tetap rasa d0sa2 saya takkan terampun sampai bila2 tetapi saya lega suami dah menceraikan saya, sekurang2nya saya rasa satu beban dah terlepas..
cuma baru2 ni suami menyatakan hasrat nya untuk rujuk kembali sebab tak bole hidup tanpa saya, dan anak2 tak terurus tanpa saya. saya takut untuk kembali rujuk dengan suami sebab saya tau suami seorang yg kuat berdendam, perfecti0nist dan suka mengungkit (ini salah satu sebab saya slalu ada suicidal thought dan beberapa kali cuba bunnuh diri sebab taktahan dengan sikap perfectionist suami yg suka mengkiritik). saya perlukan nasihat dan pendapat dari para pembaca, perlukah saya terima dan rujuk kembali bersama suami kerana anak2 atau berpisah terus dan mulakan hidup baru dengan keredhaan Allah swt?




