Assalamualaikum Admin, tolong hide profile saya ya. Sekadar nak berkongsi cerita. Saya dan isteri saya dah berkahwin setahun 6 bulan. Kami bercinta jarak jauh selama setahun. Pertengahan bercinta dia pernah curang dengan kawan saya. Katanya sebab saya jauh dan kurang dapat perhatian dari saya kerana saya jenis yang sangat fokus dengan kerja. Namun saya maafkan dia dan putus persahabatan dengan rakan tersebut.
Selepas setahun bercinta kami nekad nak kahwin. Masa ni saya ambil keputusan untuk tinggalkan tempat asal saya dan bekerja di kota. Alhamdulillah saya mendapat kerja yang elok serta makan pakai kami terjaga. Setelah 6 bulan berkahwin, saya lihat cara percakapannya terhadap saya semakin kurang ajar, tidak meminta izin atau memberi tahu apabila keluar tanpa saya, tidak membuat kerja rumah serta sentiasa dengan handphone-nya. Saya pernah berkali2 menegur namun dikatanya saya kolot.
Saya masih lagi bertahan dengan situasi begini selama setahun, dan hubungan kami semakin menjauh. Kami juga tidur berasingan walhal saya dan dia tiada apa2 masalah. Katanya dia perlukan ruang. Beberapa bulan kemudian rakan saya terserempak dengan isteri saya bersama seorang lelaki Lelaki tersebut adalah kawan lama saya yang dahulunya dia curang. Saya pernah terserempak sekali namun saya diamkan lagi. Saya bertanya berkali2 dan dia tak pernah mengaku dan selalu mengungkit kisah lama mengatakan dahulunya saya sering abaikannya dan buatkan dia cari lain, kawan saya ada dengannya waktu dia kesunyian.
Jika kami berselisihan faham dia akan mengatakan bahawa kawan saya itu jauh lebih baik dari saya dan membandingkan saya dengannya. Masuk hari ni, dah 3 hari isteri saya tidak pulang ke rumah dan saya mendapat info dari kawan sepejabatnya yang dia bercuti di Cameron Highland dengan seorang lelaki. Saya kemudian melihat insta story kawan lama saya itu, ya dia bersama dengan isteri saya di Cameron Highland. Saya ingin meminta pendapat kalian, apakah perlu saya lakukan? Salahkah saya menanya ke mana beliau pergi? Kolotkah saya sebagai seorang suami? Terima kasih, Assalamualaikum.




