Assalamualaikum min. Sorok fb aku min.. Aq ni risau min.. Sejak2 gaji dia RM80k sebulan ni min laki aku min sekarang ni begaya laen macam min. Aku bukan apa min. Aku seram sejarah hitam berulang lagi. . Dulu dia pape kedana tinggal kan aku anak branak sebab perempuan.. Skarang da beduit lg la keje nak menggatal je kan.. Dalam hp penuh msg perempuan.. Bila tanya dia kata saje je.. Kalau aku buat macam dia dosa pulak.. Lagi pon aku ni tak reti curang2 ni macam dia..
Ni dia nak outstesen smnggu min.. Risau aku.. Yela sminggu kan macam2 boleh jadi.. Perlu ke aku gi bom0h kan laki aku tu untuk syang aku anak branak je min.. Yela aku ni bila susah dia himpit sebab dia tau aku mampu cari jalan supaya kami dpt bertahan.. Skarang ni fasa kami bebas hutang min.. Aku ni angan2 tinggi la jugak nak ada rumah sendiri.. Ada kreta tanpa hutang.. Nak la jugak seurat dua kat tgn ni merasa.. Asek2 brg kemas aku msk pajak je bila taksesak..
Bila dah senang ni aku takut dia hanyut dengan kemewahan sampai lupa Tuhan.. Aku risau min.. Risau ya amat pmpn yang datang sekadar nak kikis duit dia je.. Aci tak aku g tutup napsu dia kat bomoh min.. Bdose tak min.. Sebab niat aku taknak dia smp buat dosa macam dlu min.. Aku buntu la.. Aku doa mintak Allah ikat hati dia pd aku dengan anak2..
Tp bila dia kata nak outstesen sminggu aku ckp nak ikut dia marah aku.. Katanya kwn opis dia smua lelaki bt apa aku nak ikut.. Dlu pun dia outstesen boleh je aku ikut anak branak.. Korg rasa perlu tak aku risau.. Aku rase macam nak blikn sepender besi yang ade kunci tu min bodoh la lelaki ni.. Senang sikit pasang btine sana sni.. Anak bini yang setia susah senang dengan korg tak nak hargai.. Kata nak terima kasih mintak maaf pon tak pernah.. Sedih aku min.




