Setelah 5tahun, ak contact balik bekas isteri aku, demi seorang waris yang ak tinggalkan tanpa nafkah, dan aku tak paham kenapa perempuan suka ungkit balik kisah bertahun lamanya.. move on la. Manusia boleh berubah la, aku kesal dengan apa yang berlaku
Ya dulu aku memang silap makan duit bini kikis habis aku tinggalkan talak, aku tinggalkan hutang, habis gaji bini ak setalkan. Bekas bini n anak berusaha hidup, kerja siang malam demi sesuap nasi, aku tahu bini ak kutip botol, kutip buku nak beli susu anak. aku akui salah aku.
Tapi time tue aku tak sedar lagi. Aku tak mampu bantu. Aku tak kerja. Sekarang aku dah kerja dah ada pendapatan 2 tahun dah aku kawen dengan janda anak 3 tapi aku asyik teringat2 kan anak aku sedangkan anak ank tiri aku tu aku mampu bela, kenapa anak aku sendiri aku abaikan. terdetik di pintu hati aku, bagaimana keadaan anak aku kini.
Allah buka hati ak untuk berubah. Sekarang ak dah berubah..
Aku nak buat yang terbaik sebelum aku menutup mata Maafkan aku sayang maaf atas segala galanya




