Salam min mohon hide profile aku pinjam mesgger bini aku. Aku nak citer pasal bini aku, aku sayang bini aku walaupun aku kayu. Ok bini aku muda lagi below 24. Anak dua sepasang. Bini aku finance executive kt kilang. Skrang tga part time blaja ACCA. Dgn anak kecik dgn aku dgn kerja aku mmg salute bini aku urus. Kami dua dua kerja, kewangan on off biasalah. Kami almost stabil, hutang bnyak da settle. Semua kami berdua usaha. Cukup atau tak kami cuba.
Aku mualaf, berbangsa cina asli masuk islam masa kawen masa kami kawen aku zero bini aku masa tu baru officer aku kerja biasa jer aku masuk islam terus kawen mudah sgt. Kami kawen biasa je bini aku mintak halal jer. Family isteri aku, bekerjaya semua, ade education, tp life biasa biasa jer. Mereka anak yatim piatu tp mereka punya bonding sgt closed. Mereka support each other.
Family aku? Paling tinggi spm, tak ade yg kawen campur, kalau campur pun dari segi suku kaum asli shja. tp aku sedih the way mereka layan isteri aku.aku rasa macan side aku mereka sisihkan bini aku. Sbb dulu mak aku ta suka bini aku, n bini aku ade history laaa jugak nakal masa remaja. Tp aku pun bukan baik sgt, masa zaman aku bukan islam. Setiap perkara yg bini aku buat die letak mak aku no satu. Apa pun die buat pertama dia akan call mak.aku mintak izin dan doa. Katanya redha ibu. Tp mak aku mcm tak nampak wujudnya isteri aku. Anak anak aku pun mak aku tak xcited sgt.
Berdasarkan apa yg aku tahu, mak isteri aku pernah lumpuh, adik bradik die urus A-Z, baik lelaki baik perempuan mereka cuci berak kencing mak mereka, bertuah arwah mak mertua aku. No wonder bini aku slalu nak amik mak aku duduk sekali. Pastu bini aku slalu sedih sbb mak aku kerja sawit lagi walaupun dah berusia.
Adik bradik aku, pernah ade adik adik aku dtg tumpang. Bini aku layan baik jer sbb die kata “dulu kami adik bradik n mak duduk dgn abg ipar,abg ipar baik kalau tak mesti kami berpisah”. Jadi bini aku try be a good kakak ipar.
Sebelum kerja bini aku masak sarapan n lunch. Balik kerja bini aku masak dinner. Adik adik aku pas makan basuh pinggan sendiri jer. Sampai masa mereka keluar dari rumah kami dgn cara (balik rumah kemas kemas terus kluar tanpa sepatah kata), tp yg lain sokong perbuatan mereka,salahkn bini aku. Malu aku bila bini aku pujuk diri “mungkin orang mereka ta reti terima kasih”.
Kesian aku tgok bini aku walaupun nampak ok tapi aku tahu die mencari ruang nak rasa kasih sayang seorang ibu, walaupun die slalu pujuk diri “kluarga org tetap kluarga org”. Aku sayang die, aku tanak die stress asyik kecik hati. Asyik paksa diri husnuzon. Aku nak die tahu, die lengkap utk aku. Die pandai, die tutup aurat, die solat, die ada anak, die rajin. Dah tayah tambah lagi. Takpe ta amik hati kluarga aku skali pun aku tak kisah. Tp itulah aku tgok menantu perempuan try hard sgt nak enter family suami.
Walaupun berbeza bangsa, bini aku masih peluk cium mak aku, orang asli yg kebanyakannya dipandang enteng oleh orang berbangsa lain. Bukan sekadar mak aku, nenek aku, jiran aku, semua die peluk cium tanpa rasa geli. Berbanding bini abang aku, orang asli pernah cakap barang rumah mak aku kotor. Aku bukan apa, bila bini aku mcm paksa diri positive, mmglah bagus tp aku tahu die sakit dari dalam. Hati die. Sebab kadang die nangis sendiri. Macam mane aku nak buat, sejujurnya pada aku lantaklah apa family aku buat, yg penting aku sayang bini aku, cukup bulan aku hulur kat mak aku. Ada masa aku balik bawak anak aku jumpa mak aku.




