Assalamualaikum.. first of all aku harap admin hide profile ya sebab ni fb tumpang je. aku sebenarnya tak tau lah nak start dari mana sebab aku macam dah fed up btl dgn family suami aku ni. biras2 kak ipar smua perangai mereka buat aku sedih dan selalu rasa geram. cerita nya macam ni, aku dah kahwin selama 6 tahun.. anak 3 orang. Aku ni mualaf masuk islam masa nak nikah dengan suami dulu keluarga mereka tak setuju sangat sebab yelah mereka nak adik mereka khwin yang sama agama jugak.
Setahun dua tahun kahwin aku tak dan belum pun amalkan apa2 yang islam buat, macam solat, puasa apa semua tu.. suami pun diam je sebab dia pun macam tak seberapa nak alim juga but dia baik.. suami yang bertanggungjawap dan penyayang.. 4 tahun lepas khwin baru aku tersentak dan terdetik sampai bila aku nak macam ni? tak kan aku dah beragama muslim tapi tak buat apa yang di suruh? So aku suruh suami aku ajar solat, tapi dia macam on off on off saje..
So aku belajar dari buku.
Start dari tu lah aku pelan2 belajar sampai aku boleh solat sendirian. syukur Alhamdulillah.. masalahnya sekarang setiap minggu bila kami balik rumah parents suami sebab mereka tiap hujung minggu wajib kumpul semua makan2 and luang masa.. so.. haritu, masuklah waktu solat.. dan aku pun nak solat zohor, tapi kak ipar aku cakap depan2 aku macam ni. kau ni eksen saja nak tunjuk alim depan kami ke ni? mentang2 lah kami tak solat macam sengaja kau nak sindir2.
Apa salahnya aku? kenapa dia kena cakap macam begitu? adakah salah aku just nak complete kan saje kewajipan aku.. aku nak ajak dorang solat brsama pun segan sebab nanti dorang cakap aku ni memandai2 saje.. dan begitu la sampai sekarang setiap minggu bila kami berkumpul aku akan terpaksa tinggal solat zohor dan asar sebab tak mau mereka terasa lagi. ya ini perkara remeh bagi kamu mungkin tpi aku tetap berasa geram dengan mereka. sekian luahan aku. Thank You again Admin. please hide the profile.