Assalamualaikum admin. Mohon hide profile aku ya. Alhamdulillah, terima kasih sudi post alkisah aku. Aku salah seorang pembaca setia kisah rumahtangga, mana yg baik ambil teladan yang tak baik jangan diikutkan. Tula sedang aku leka membaca kisah rumahtangga orang lain, kadang kadang terdetik dekat hati, kesian simpulan tersebut. Sampai hati suaminyaa, kesiannn juga isterinya. And at the last, aku juga tertewas untuk turut serta diuji. Rumahtangga mana yang sentiasa ada pelangi, begitulah hujahnya.
Mula kisah aku, bercinta dan berkahwin. Since aku dinikahkan pada Feb’17,dan Bermula lah malam pertama aku dapat tahu kalai suami aku mempunyai kawan baik alhamdulillah suami aku jujur bercerita dengan aku tentang kawan baiknya Maria bukan nama sbenar. Aku kecil hati jugak mana tidaknyaa whatsApp suami kita 24jam, tanamkan dalam hati kawan baik. InshaAllah baik baik saja. Awal kawin kami pergi honeymoon 24 jam jugak suami aku video call dengan kawan baikknya mashaAllah dalam hati aku ke Maria yg tengah honeymoon dengan dia ni.
Masa 4bulan kawin tu i dont know why my husband nak sangat aku kenal dengan Maria, dia nak aku kenal rapat dengan Maria, but aku tak berkenan langsung sbenarnyaa. Tapi atas dasar ikut kata suami, aku consider berkawan pergi makan semua dengan Maria ni. Yang aku pernah tahu suami aku kawan lama dengan Maria ni, and Maria ni pernah putus tunang. Tu jelaa aku tahu aku malas nak amik port.
Okaylaa, straight kedepan tanggal Disember 17 Aku dikurniakan zuriat. Rumahtangga kami bahagia. Aku yg uruskan anak semuaa, tapi tulaa suami aku 24jam menghadap handpone. Tapi bila aku jengah dia selalu tengok video kat utube, just video korea nyanyii nyanyii jee. So aku kuranglaa syak wasangka, tapi tulaa kita dah sibuk urus anak semua malas dah nak sportchek handpone dia. But Allah swt tu maha mengasihani aku, Dia sampaikan satu hidayah kat aku dari terus lama kene tipu.
Kebetulan aku nak pinjam handpone dia nak call adik aku, tapi mengamuk betul dia. Tapi aku sempat terbaca perbualan dia dengan perempuan, bersayang sayang. Allah je tahu perasaan aku masa tu, aku tak pikir apa dah. Aku rasa tertipu. Aku nak dia explain siapa perempuan tu, tapi dia menidakkan. Dia mintak ampun nangis nangis semua kat aku. Tapi dlm kepala otak aku cuma pikir perempuan tu adala Maria. 2 tahun mentah mentah rumahtangga kami, ni ujian yg aku dpt? 2tahun aku lahirkan anak kau, hidup hidup kau tipu aku wahai suami.
Since malam tu jugak aku keluar rumah dengan anak aku. Aku tumpang tido rumah kawan aku, sebab kalau boleh aku taknak balik rumah ibu aku. Aku taknak family aku tahu pasal ni, tapi tulaa malam tu jugak suami aku cari aku dekat rumah family aku. So Ibu aku dah tahu semuanya. Tapi, suami aku explain kat family aku lain. Dia cakap aku yang salah faham. What the hel salah faham, aku sendiri nampak dengan mata aku kau bersayang sayang tu apaaaaa? Tapi aku tahu Ibu aku lebih percayakan anak dia.
Malam tu jugak aku meseg perempuan tu, tapi sikit pun dia tak respond aku. Angkat call aku pun tidak. Kalau kau tak buat salah, takada apa dengan suami aku. Kau takkan lari dari aku Maria. And sampai sekarang aku masih tercari cari kau sampai upah orang cari rumah kau semuaa? Hampir jumpa and Alhamdulilllah dah jumpa. Aku bukan nak makki atau kacau family kau, kita orang berpendidikan, mana mungkin aku seburuk tu. Aku cuma nak penjelasan Maria. Hati aku sakit tanpa pengakhiran. Hati aku perit dengan benda yang tergantung.
Dah 2 bulan aku alami semua ni suami aku hari hari mintak maaf kat aku, hantar bunga kat aku kat office, tebus balik salah dia. Kurang main handpone dah, banyak luang masa dengan anak semua. Tapi, hati perempuan aku masih belum boleh maafkan dia selagi aku tak jumpa Maria. Tiap kali aku cakap dengan suami aku, aku nak jumpa Maria mesti dia cakap sudahla, benda ni dah takada apa. Tu je jawapan dia, bila aku tanya pasal Maria dia cakap, takde laa tak ada apaa lah. SubhanAllah, hati aku sakit.
And kami kerap gaduh sebab Aku. Aku selalu ungkit pasal Maria. Kadang kadang aku terpikir, ikhlas ke aku dalam memberi peluang kedua? Aku bagi peluang kedua sebab Anak. Bukan tak sayang, tapi aku sakit sebab 2 tahun kau tipu aku hidup hidup. Awal awal kawin hari tu aku dah pesan dengan suami aku, perempuan dengan lelaki tak boleh jadi kawan baik. Tak boleh bercerita tentang perasaan, tentang permasalahan masing masing. Sebab hati kita ni berbolak balik sifatnya.
Tujuan aku confess kat sini sebab aku perlukan pandangan korang, Ikhlas ke aku dalam memberi peluang kedua? Aku Ikhlas kerana Allah swt, tapi dengan syarat Aku teringin sangat nak jumpa Maria. Wahai Maria, jangan sia siakan zaman anak darra awak dengan suami orang. Hargailah. Kalau korang ada kat tempat aku, apa yg korang akan buat? Aku masih lagi mengungkit dan terus mengungkit. Selagi aku tak jumpa Maria.




