dari awal perkahwinan lagi benda ni terjadi.slh aku sebab terlampau manjakan dia dengan duit.aku pikir susah senang bersama.aku tanggung dia dari mula kawin , sampai dia kena gantung kerja.2bulan dia kena gantung kerja tapi tak ada usaha untuk cari pekerjaan baru. mengharapkan aku seorang. aku carikan dia kerja dekat tempat aku. walaupun aku kerja kilang tapi hidup dia mewah aku layankan. rezeki dia sebab dapat tempat yang sama dengan aku. tapi benda tu semua sementara.
dia lupa diri , lupa tanggungjawab nafkah tak dibagi. segala bil dalam rumah aku yang bayar, segala barang dapur duit aku. dari rumah tu kosong aku penuhkan dengan perabot. dia harapkan aku sorang bayar hutang. mana nak bayar bil, brg dapur serta hutang. Banyak kali aku cakap cuti cari la kerja sampingan. dia buat x endah je. Tapi tak pernah pun berterima kasih.setiap bulan aku akan mesej adik beradik untuk pinjam duit, untuk tampung perbelanjaan harian. Tapi hutang tu bukan dia yang bayar, aku yang kena keluarkan duit. hutang perabot dari 6k aku bayar sampai la hutang tinggal 2k lebih tu pun tak dihargai.
Bila aku masak buatkan bekal untuk dia pergi kerja. tak ada terima kasih pun yang ada hanya kata2 yang buat aku hilang sabar. masak tak sedap. Lauk sikit. tahu ke kau yang aku bangun 4pagi untuk buat bekal sebab tak nak kau kelaparan. Tapi kau bila susah sedikit balik rumah mak. aku yang bekerja kadang tak berduit untuk cari makanan.kenapa aku tak ikut balik rumah mak dia ??sebab dia fitnah aku dekat family dia yang aku ni sorok duit,tak pernah tolong dia.
Banyak kali dia naik tangan ke aku. maki tak payah cerita la depan adik beradik dia pun Dia boleh panggil aku perempuan jalan* dan paling aku tak boleh lupa dia pernah baling kucing yang kita orang bela ke dinding disepaknya sampai separuh nyawa dari aku tak pandai melawan sampai kan aku dah berani tinggi kan suara . kalau ikut hukum aku dah berdosa, manusia mana boleh tahan sabar .dan disebabkan tu aku nekad untuk berpisah.
perkahwinan aku bertahan tak lama. hanya 18bulan saja. dia dan family tunjuk perangai sebenar. sampaikan family dia tak bagi aku jejakkan kaki dekat rumah nya. aku tahu pun sebab adik ipar aku bagitahu. sampai satu tahap aku tak ada 1sen pun duit dan dia tinggalkan rumah dalam keadaan barang dapur serba tak ada.jangan tanya pasal simpanan sebab aku memang tak boleh simpan.dia tahu mana aku selit duit. dan yang paling sadis dia halau aku keluar dari rumah. dia buat aku macam aku ni tak ada family.
mertua aku sendiri yang cakap kalau nak berpisah silakan sebab aku bukan perempuan yang baik. sekarang aku dah bercerai dengan dia. tapi satu sen pun dia tak nak bayar dekat aku.kadang menangis kadang termenung.elak aku jadi meroyan je. kerja? aku sekarang dalam eddah. baru saja 2minggu. simpanan aku dalam bank hanya tinggal rm3. sedihkan hidup aku.nak salahkan siapa??sebab tu pilihan aku sendiri. thanks min sudi siarkan. doakan aku kuat, sebab orang kampung pandang serong pada janda.




