salam sejahtera krt.. terima kasih kerana siarkan post saya dan hidekan id saya..
ni aku nak pesan dekat lelaki yang suka kutuk bini orang jadi surirumah sepenuh masa sebab menyusahkan si suami.. kononnya malas bekerja.. apa korang ingat semua lelaki ni mahu kan isteri yang bekerja? kalau korang nak sangat bini yang bergaji besar tu terpulang korang la.. tak payahlah nak kutuk lelaki yang berfikiran zaman 60an yang tak mhu kan isteri bekerja..
ko ingat yang duduk rumah tu semua duduk goyang kaki? kalau mereka duduk goyang kaki, siapa kemaskan rmah? siapa cucikan kain? siapa uruskan anak2?masih juga kau katakan itu duduk goyang kaki? aku tak matti pun bila suruh bini aku jadi surirumah spenuh masa.. bagi aku, lagi senang berbinikan duduk rumah, apa yang dia nak insayaallah saya sediakan.. sebab kerja rumah dah siap. makanan pun dah siap di hidang.. cukup pun segala bajet rumah/bil letrik/api. dapat lagi tengok anak2 membesar
Dari kita saja.. kalau kita tak reti berjimat. semua pun tak cukup walaupun laki bini bekerja.. dah dapat bini bekerja. bersyukurla.. at least dia boleh tolong korang bab bajet.. sama2 ada kelebihan dan kekurangan bagi isteri bekerja atau tidak.. sebab manusia tak sempurna.. yang lawaknya rata2 lelaki yang kutuk bini orang pun bukannya lelaki kaya.. nampak luaran macam mampu segalanya sebab combine gaji bini tak payah nak acah2 kaya, kalau loan rumah/kereta pun nak combine gaji bini.. sebab gaji kecil.. kesimpulannya, semua orang pun memerlukan pertolongan..
kita lelaki bro kita yang bertanggungjawab segalanya untuk sara isteri kita jangan kita pedulikan orang lain yang kutuk bini kita yang tak bekerja sebab yang sara bini kta adalah kita. bukan org lain yang pnting kita berkahwin untuk menjaga wanita yang kita cintai dan membesarkan anak2 bersama wanita yang kita cintai.. bukan membebankan mereka dengan hutang kita. so jaga rumahtangga masing2 .. tak ada yang sempurna.. jangan kita suka sibuk hal rumahtangga orang. kita lelaki bro.. tanggungjawab bekerja tu dari kita..




