Assalamualaikum wbt, terima kasih admin jika confession aku ini disiarkan,
Aku cuba pendekkan kisah ni. Aku nak cerita kisah sebenar tentang apa yang terjadi dalam keluarga aku, Aku sudah berkahwin dan mempunyai seorang adik perempuan yang sekarang umur lingkungan 27 tahun yang masih belum berkahwin. Aku namakan adik aku ni Nur (bukan nama sebenar) Perkara ini terjadi 5 tahun lepas, ketika itu Nur masih menetap di rumah mak aku, nak dijadikan cerita pada suatu hari Nur call aku, katanya dia nak tumpang menetap dirumah aku, dia nak mencari kerja disekitar area rumah aku.
Sehinggalah pada suatu malam, ketika aku dan suami sedang tidur, kami dikejutkan dengan bunyi semacam kucing menangis, kami jadi hairan, naluri aku menyuruh aku supaya periksa keadaan Nur, buka lampu bilik, aku dikejutkan dengan keadaan yang sampai sekarang aku tidak boleh lupa. Nur dalam keadaan berlumuran d@rah, aku Nampak dia seperti menekap sesuatu menggunakan selimut, Ya, betul tekaan korang semua, itu bayi, dia cuba bunuh bayi tersebut. Aku terkaku, nasib suami aku sempat selamatkan bayi tersebut. Disinilah permulaan kisah sedih hidup aku.
Selepas itu, aku paksa dia untuk berjumpa dengan keluarga dan memaksa dia untuk menerangkan apa yang berlaku dan lelaki yang sepatutnya bertanggungjawab dah lepas tangan. Ayah aku sangat marah, tapi yang peliknya Mak aku langsung tak terkejut seolah olah dah tahu apa yang berlaku. Aku cuba pulihkan hubungan antara Ayah aku dan Nur tetapi sebaliknya, Ayah marahkan aku sebab tak jaga Nur padahal umur dia dah 22, hubungan kami makin dingin, disebabkan nak menjaga aib dan maruah keluarga aku, aku dipaksa untuk jadi “ibu kandung” terhadap bayi tersebut dalam erti kata lain “Kambing Hitam”.
Keluarga menyebarkan cerita itu anak aku untuk menutup aib Nur. Bukan perkara yang susah tapi jadi susah bila aku nak ambil bayi tersebut jadi anak aku tapi ibu bayi tersebut memaki hamun aku tak cukup dengan itu, Mak aku juga memaki hamun aku serta menghina aku. Adik beradik lain tidak ambil pusing dengan apa yang berlaku.
Dah 6 tahun berlalu semenjak kejadian hitam itu, ketika ini aku sedang menjaga Ayah yang sakit teruk. Harap pembaca boleh doakan semoga ayah cepat sembuh. Dan Hari ini juga aku dikejutkan dengan panggilan dari Hospital, Katanya Nur baru melahirkan anak. Lagi. Lagi sekali pada umur Nur 27 tahun dan masih belum kahwin. Aku dijadikan jaminan untuk melepaskan Nur dari hospital. Aku jadi sangat marah aku whatsapp Nur meminta penjelasan tapi aku pula yang dimaki.
Nur kata tak perlu sibuk hal dia, dia siap tanya aku nak apa whatsapp dia, bila aku marah dia kata apa hak aku nak marah? Dia siap kata D0sa semua dia yang tanggung, bila aku cakap aku nak bagitahu apa yang berlaku kat keluarga dia kata hati aku busuk. Tak cukup dengan itu dia kata aku menyemak dalam hidup dia. Jadi disini aku nak meminta pandangan semua pembaca,, apa langkah yang aku kena buat supaya dia insaf?




