Assalamualaikum min. Tolong hide profile gambar dan nama fb ni. Aku pnjm adik cousin aku punye fb. Min. Aku nak tanya pendapat smua rakyat malaysia terutama para wanita sepertiku. Min aku kecik hati sangat2 dengan mak mertua aku. Aku bukan lah nak jadi jahat tapi rasa nak jadi jahat je sekarang sebab dia tak sedar diuntung tuhan bagi peluang hidup sekali lagi setelah koma sebulan setengah.
Alkisahnya min. Aku baru berkahwin nak masuk 6 bulan dah. Dan ditakdir kan aku mengandung sebulan lepas kawin. Semua gembira la termsuk family aku dan suami. Dan sekarang usia kandungan aku dah nak masuk 6 bulan jugak. Minggu lepas aku ade buat scan gender. Suami aku temankan. Dan alhamdulillah min, aku syukur sangat2 baby aku baby girl. Suami aku yang paling gembira min.. Lepastu aku rasa berat nak bagitau pda mak mertua aku ni dia macam kepoci sikit.
Sebab nya, awal2 mengandung mak dia dah cakap. Ade ke min dia boleh request2 nak anak lelaki? Kau tak sakit hati ke. Keturunan aku min ramai perempuan dan suami aku pon ramai perempuan. Dah suami aku sorang je teruna dalam adik beradik dia. Masalahnya ingat senang jadi ke. Dalam hati aku min dah cukup sumpah seranah. Sampai aku dalam diri aku. Kalau nak sangat lelaki. Pegi la buat anak sendiri. Aku geram min mak mertua aku tu. Ape beza nya min anak laki dengan pempuan.
Aku call parents aku depa suka sangat aku pregnant baby girl. Depa tak kisah laki perempuan. Janji sihat. Kakak kandung aku pon mengandung, dah scan dapat baby boy. Tu dia tak tau lagi, kalau tau mat! aku min. Aku memang banyak pendam dengan mak mertua aku. Banyak benda aku tak suke. Dan tiba la hari suami aku bagitau dekat mak dia yang kami dapat baby girl. Dia mengeluh min. Alaa. Perempuan lagi. Mak nak lelaki. Aku istigfar min… Rase nak pecahhh kepala dengan perangai mak mertua aku tak sedar diri nak mmpus. Tak bersyukur..
Dan kakak ipar aku juga pregnant. Tapi tak tau la scan baby ape. Dia yang backup aku. Dia kata tak ape la mak perempuan. Janji ok smua. 1 je aku nak habak kat para mertua.. Tak smua macam mak mertua aku. Tapi tolong la jangan stress2 kan menantu perempuan. Sedar sikit sapa yang mengandung?. Sapa yang sakit mabuk teruk untuk cucu kau. Dan aku bila2 masa bole lari tak nak bagi anak aku kenal kau. Sebab aku tau kau tak suke dia. Aku tak nak pantang rumah mertua aku min. Sebab 1, keadaan tak selesa . Macam mana kalau aku nak menyusu kan anak aku. Bilik tak ade. Rumah 2 tingkat tapi aku kene duk bawah. bilik bawah tak ade. Jadi aku pkir. Baik aku balik rumah parents aku. Bole mak aku tengok2 kan aku.
Aku ada bilik sendiri. Selesa.. Bukan memlilih tapi faham la kan sape jadi menantu perempuan. Lagi satu kan, aku tak suka, bila mak mertua aku ni, tiap hari wasap suami aku… Aku tak kisah nak wasap tnya khabar aku tak putuskn hubungan mak dengan anak. Tapi aku bengang dan aku rasa terlalu busybody rumah tagga anak dia. Hari2 tanya kat suami aku. Aku masak ape hari ni. Manje nye? Sedangkan aku mak aku tak ade pon nak sibuk2 hal aku. Aku menyampah pulak tengok macam ni. Tapi serius aku kata aku tak boleh masuk dengan kehidupan suami aku punye family.
Mujur aku pujuk suami aku untuk menyewa rumah lain dan hidup berdua.. sebab dari awal kenal dah janji kawin nanti tak nak duduk rumah sape2. baik family aku atau family dia.. Dah la balik rumah mertua tak ade bilik lagi dah. Semua kne rampas. Aku kene tidur bawah. Dengan pakai tudung nye la bile ade biras. Kau rase? Selesa tak kalau 2 bulan setahun. Mungkin ade selesa. Tapi serius aku tak bole masuk. Dengan jaga anak nye baby2 lagi dah bagi macam2. Aku takut aku dah jaga anak aku elok2 tak bagi makan benda bukan2. Takut smpai ke dia orang nanti buat nye dia bagi air coke ke gas memang menempah seruu laa dengan aku.
Sebab anak buah kat sane 2 3 tahun dah ketagih air gas. Jajan manis2.. Aku anak buah aku , tak diajar makan bende2 macam tu. Tu sebab aku takut pantang kat sana di bagi makan la ape laa. Baikla aku di rumah parents aku kejap. Lepas tu aku balik la rumah aku Semua doa2 kan aku dipermudahkan segala urusan aku.. Jauhi aku dari orang macam tu.. Kadang2 pon aku kecik hati juga dengan suami aku, sebab dia lebihkan family dia.
Nak duit semua bagi tapi kebajikan aku nak beli bra maternity pon bole dia usaha nak belikan cuma tak sedap dan aku rase sedih tau. Bila dia kata. “sayang , amik kad abang ni. Belilah keperluan sayang..” aku menolak. Dalam hati menangis. Aku nak rase dia beli pakai duit gaji dia bukan kad kredit.. Dah la suami aku menanggung mak bapak dia 1 hal. Menanggung adik berdik dia tinggal serumah. Gaji suami aku tu pon bukan la 10k… Setakat ckup makan 1k lebih je. Ni lagi nak ade anak. ALLAH. Kuatkanlah aku..
Aku selalu berdoa semoga dpertemukan jalan yang terbaik untuk aku. Aku mengaji insyaAllah tak tinggal. Aku akan jaga anak ini sebaiknya…. Aku syukur sebab ade suami yang selalu ade dengan aku. Dan family aku..apa yang perlu aku buat untuk menghadapi family mertua yang tak sukakan anak perempuan? Siapa yang hadapi perkara ini. Tolong la. Aku mintak nasihat kalian.. Aku sedang menghadapi tahap kemurungan kadang2.




