Bila dah kerap makan hati berulam jantung.. Hati pun jadi keras kematu.. Nampak macam tiada kesan, tetapi sebenar menyimpan 1001 perasaan duka, sedih, kecewa. Suami.. Betapa kau diharapkan untuk disampingku bersusah melalui susah payah hidup mengurus, membesarkan anak-anak.. Tetapi kau pilih sebaliknya.
Kau masih ada masa berjimba dengan kawan-kawan, masih ada masa bersenang-senang sendiri, balik rumah terus masuk bilik kunci pintu tidur berdengkur hingga ke pagi, anak merengek minta susu, minta pergi ke tandas pun langsung tak dilayan. Ada masa terluang, kau lebih rela layan handphone dari melayan anak bini. Selalu aku sedih.. Betapa aku teringin sangat nak hidup bahagia di samping tersayang.
Kau suka tunjuk bahagia untuk tatapan pujian orang lain.. Tapi, hakikatnya hatimu tiada pun bersama kami. Duit gaji cukup-cukup makan bayar kereta, rumah sahaja. Selebihnya suri rumah yang tengah sarat mengandung, ditambah anak berderet 4 orang ini lah berhempas pulas bekerja meniaga dari rumah. Puas membanting tulang menyiapkan kerja rumah hujung ke hujung, sediakan makan pakai urus anak-anak sekolah, jadi bibik pengasuh guru anak-anak. Sedikit pun suami tak ambil kisah.
Sedihnya ya rabbi. Susu pampers tiada, makan minum di rumah habis semua kau tak ambil kisah dan kau serah sebulat bulatnya pada isterimu si bibik kuli hamba tiada gaji. Sekarang ni dah mengandung 5 bulan. anak ke 5, dengan umur dah menginjak 35 tubuh badan dah tak sekuat dulu. Kupaksa sehabis daya menyiapkan segala kerja rumah, dengan stress dengan urusan stok n customer, mencari sale dari hari ke hari, sampaikan sakit kerap sesak nafas, pitam, kadang sakit contraction. Menangis semahu-mahu.. Suami dengar, tapi dia lebih asyik melayan lena. Sedihnya ya rabbi.. Begini rupanya layanan suami padaku.
Puas ku urut perutku, doa sungguh-sungguh minta Allah bantu. Peliharalah kandunganku, berikanlah kesihatan yang baik kepada kami supaya aku dapat menjaga keluarga ini dengan baik. Menangis la sepanjang malam di ruang tamu menanggung sakit sehingga tertidur hingga pagi. Siangnya sambung berhempas pulas. Suami hanya call tanya acuh tak acuh, buat syarat, just nak beritahu malam ni tak pulang ada boling dengan kawan-kawan katanya. Its ok, isterimu dah lama makan hati berulam jantung.
Mungkin bukan rezekiku untuk mendapat kasih sayang suami semasa hidup.. Ku usahakan mencari kasih Allah.. Setiap malam pasti terjaga untuk mengadu padaNya. Menangis semahu-mahu, minta Allah bantu.. Minta Allah kuatkan hati.. Leganya ya rabbi.. Selama ni suamiku tiada di sisi untuk mendengar luahan perasaan penat lelah ini. Tidak mengapa, aku ada Allah.. Sentiasa mohon kekuatan untuk ku jaga sebaik mungkin amanah terhadap anak-anak selagi ada nyawa.
Silap besarku, kusangka semuanya akan berubah selepas kahwin dengan kuasa cinta. Tapi… Sebenarnya semua tu silap.. Tiada apa yang akan berubah jika jahil agama, memang spesies pentingkan diri tiada tanggungjawab. Solat sepanjang kahwin boleh dikira dengan jari.. Allahu.. Sedihnya.. Inikah imamku, inikah ketuaku, inikah cintaku.. Teruskanlah dengan caramu.. Biarkan aku dengan caraku.. Aku tiada daya mengubahmu, melainkan dirimu sendiri. Kalau ditakdir jodoh ini tak panjang, anggaplah ini yang terbaik untuk kita..