Assalam. Min.. Hide profile saya. Saya nak share sebab terlalu sakit bila dipendam. Saya dan suami pjj tapi negeri berjiran ja. Suami cuti seminggu satu hari. Tiap hujung minggu dia akn balik sini. Suami saya tinggal dengan parent dan seorang neneknya. Mertua saya ok ja dengan saya. Disebabkan keadaan ekonomi masih kurang stabil, kami masih belum sewa asing. Kami mmpunyai seorang anak. Dan memang patut lah saya balik sebab suami mesti rindukan anaknya kan. Hmmmm.. Jadinya setiap minggu juga saya akan balik ke rumah mertua saya kerana tanggungjawab saya sebagai seorang isteri. Ikutkan hati saya, saya taknak duduk rumah orang lama-lama. Lagi pulak rumah mertua kan. Sehari dua orang layan baik lah. Lepas tu makin kurang dan…. Ambik paham sendiri lah. Orang yang alami ja tau mcmna saya rasa. Ank saya nyusu badan, so dia kurang mau dengan orang.
Lagi pulak disana takda budak atau sesiapa untuk anak saya main. Yang ada mertua dan nenek mertua saya sahaja. Disebabkan tu anak saya asayaik nak berkepit ja dengan saya. Tapi kalau balik rumah mak saya, tkda pulak anak saya merap macam tu. Main ja dia sorang-sorang. Bila dah asayaik berkepit tu, saya tkdpt nak tolong mertua dan nenek mertua buat kerja dapur. Kadang utk masak tengahari pun saya ada tanya “ada apapa yang bole saya tolong ke mak”.. “tkpyhlah. Tengok ank tu sudah”. Itu yang dijawabnya. Saya pun oklah pantau ja anak saya. Tiap pagi saya memang bangun awal, cumanya saya tkkeluar dari bilik sebab ank tidur atas katil. Risau anak jatuh. Dah bangun baru saya akan keluar bilik bwk ank.
Kadang tu saya keluar dari bilik jgk dan pantau anak sekejap sekejap. Buka pintu bilik. Tapi diluar tak da orang. Saya masuklah semula sebab tu rumah org kan. Nk buat apa pun tktahu.. Nk masak utk tghari pun masih pagi. Tapi mertua saya ada cakap dengan sorang hamba Allah ni “yang perempuan pun orang dah selesai makan pagi nk makan tengah hari pulak baru nak bangun.” (perempuan tu bukan dari ayat asal. Ayat asal b*t*na)
Hamba Allah ni bagitau kt saya.. Mengalir air mata saya. Sbb selalu saya tnya apa yang perlu ditolong. Nak saya buat apa. Tak sangka dibelakang saya diperkatakan begitu.
Untuk pengetahuan semua, saya seorang menantu yang tak bekerja dulu lagi menantu kerja elok.. Kadang bila makan apapa yang sedap mesti nenek mertua saya akan sebut-sebut nama cucu menantu yang kerja elok tu. Depan saya pulak tu. Saya terdiam ja tak terkata apa dan tetap manis muka. Bila berkumpul, saya nampak perbezaan layanan nenek mertua saya pada mereka dan pada saya. Pernah sekali masa berbuka puasa tu, nasi dibagikan pada semua orang. Kecuali saya dan lauk yang sedap semua diletakkan pada cucu menantu yang kesayangan tu saya cuma berbuka dengan seketul isi ayam besar ibu jari anak saya. Itupun isi kuah tomyam. Sebak tak tertahan… Sedangkan tahun lepas ibu mertua saya sakit terlantar dekat hospital, saya yang tkkerja apa ni lah yang menjaga ibu mertua saya di hospital. Masa tu saya mengandung 5 bulan. Tapi mungkin saya cuma dikenang waktu itu sahaja.
Sekarang tidak lagi. Dan ibu mertua saya pun dah sangat sihat dah. Hmmm… Ok cukup sampai situ. Nak cerita memang tak habis. Saya nak tanya pendapat.. Macamana nk suami saya paham saya. ? Dia mintak saya balik duduk dengan dia kat sana (rumah mertua). Kalau saya taknak, dia cakap saya taksuka tinggal dengan dia dan dia cakap saya tak ikut cakap dia. Ya Allah.. Hati saya ni Allah sahaja yang mengetahui. Saya tak bole tinggal dengan mertua. Dah banyak sgt saya berasa, makan hati. Tolong jangan kecam saya. Bagilah pendapat yang baik. Buat suamiku… Saya harap awk phm saya. Moga Allah permudahakn urusan kita dan anak untuk tinggal asing dari keluarga. Aamin ya rabbal alamin.




