Assalamualaikum Bawangers Power Rangers Sekalian Alam. Mohon admin hide kan siapa hamba. hamba ada satu masaelah. hamba bekerja dan wife hamba takbekerja. untuk pengetahuan wife hamba garang mcm singa hutan belantara.. dulu kami duduk dirumah mak mertua.. makan minum kain baju semua mak mertua tolong buat.. wife hamba dok saja jer.. Kadang2 jer dia buat semua tu… pagi hamba pi kerja dia tido.. hamba balik keja pon dia tido jugak… hamba selalu nasihatkan wife hamba tapi dia tu kuat melawan.. semuanya dia ja yang betul..pernah juga kami hampir bercerai disebabkan perangai dia tu.. hamba tanya kenapa takbuat keja rumah.. dia cakap dia taksuka.. dia suka dok umh sendiri barulah dia buat kerja rumah.. hamba pon sewa umh di ibu kota.. 3bulan dok umah tu sama ja
kadang kala ja buat kerja umah.. makan pakai hamba.. hamba yang buat sendiri.. Kadang2 ja dia tolong buatkan.. hamba sedih bawangers dapat wife mcm tu.. tapi tu laaa hamba masih bersyukur lagi sebab dia yang melahirkan zuriat hamba…hidup dia skrg ni asyik kuar umah jer.. jarang sekali duduk umh sembang2 dhn hamba… nafkah bat*n telah la.. nak dapat sebulan sekali pon susah… alasan takdak nafsu dia kata lepas kahwin… hamba jadi sangap tahap dewa.. Bila engok makcik tukang sapu kat tempat kerja hamba pon hamba naik sttim tapi hamba masih lagi sabar hamba tak mahu curang dibelakang wife hamba.
Dengar mcm lawak tapi itulah realiti kehidupan hidup hamba… hamba sedih sgt2… apakah yang patut hamba lakukan selain dri berdoa kepada Allah… pernah suatu hari hamba suruh dia solat… boleh pulak dia cakap hg pi la solat.. dok ajak aku buat pa… hamba jadi terpegun dgn jawapan wife hamba yang jelik itu… hidup dia hari2 handfone 24jam kat tangan… bila masa tidur ja dia gelak sorang2.. hamba tanya ketawa kenapa.. dia cakap ni wassap kawan dia hantar.. hamba tengok laa apa dia.. rupanya kawan dia gelak ja hahahahahaha.. dia pon gelak jugak…. hamba rasa seram lah… sampai hamba pon dia buat takpeduli.
Bila tegur melawan.. hamba diam jela.. malas nak gaduh2…. hamba ikhtiar minta ubat kat bomoh mana tahu dia ada lelaki lain.. tapi bomoh cakap takde… hamba jadi gundah gulana lah… suatu hari tu dia gi mintak kerja.. hamba cakap jangan.. dia pergi juga.. dia cakap dia takcukop duit nak belanja.. padahal segala makanan hamba yang beli.. ayam sotong udang.. letak dlm peti ais.. tapi bila suruh masak.. hurmmm dia cakap taklalu nak makan kat umah… apa masalah wife hamba sebenarnya… skrg ni dia dh kerja.. tinggal 2 orang anak kat hamba..bila kami dua2 kerja tingal anak kat umah pengasuh…hamba bingung dan pening.. apa masalah wife hamba.. mohon bawangers krt tolong masalah hamba ni… tq




