salam min.. boleh tolong siarkan cerita aku ni tak. aku tengah dilema. kisahnya macam ni.. pada tahun 2009. aku kawin dengan sorang anak pengusaha restoren.. masa tu ok ja. aku gaji tak la tinggi.. dia pun kerja tolong ayah dia uruskan reatoren aja.. hidup aku normal pd masa tu.. ulang alik umah ibubapa aku.. umah mertua aku.. tahun 2012. Rezeki aku bertambah baik.. dapat la aku beli rumah low cost untuk jadi tempat tinggal tetap aku.. tahun tu jugak aku dapat anak sulong.. Syukur. isteri aku masih macam biasa.. tolong2 ayah dia niaga.. kisah dramatik bermula masa tahun 2014. masa tu perniagaan ayah mertua aku sangat maju. dalam beberapa tahun. dia dah buka 2 cawangan.. dan yang cawangan ke3 dibuka di kuala lumpur.. dan diserahkan kepada isteri aku. isteri aku dipaksa untuk pergi ke kuala lumpur.. untuk uruskan perniaagaan.. dan membawa anak aku masa tu umur 2 tahun.
Aku sepatutnya ikut.. tapi sayang mahu tinggalkan rumah yang kat kampung.. awal tahun 2015. aku berhenti kerja dan naik ke kuala lumpur.. masa tu gaji aku dah cecah rm2200 sebulan.. sebab terlalu risaukan anak dan isteri sebab masa tu isteri pregnant anak 2.. rumah kampung aku tinggalkan. duduk la aku menyewa di kuala lumpur.. tak kerja. hanya jaga anak. hujunga tahun 2015. Alhamdulillah. rezeki bertambah.. dapat baby baru dan dapat rumah baru.. isteri aku belikan kat shah alam. masuk tahun 2016. aku berhasrat nk berkerja.. sebab bosan dah lama tak kerja.. jadi anak aku 2 orang dihantar pengasuh.. aku kerja dgn gaji rm1600.. hidup normal sahaja sehingga tahun 2018. aku dapat anak ke3.. masa tu gaji aku br rm1800..
Masalah bermula dari situ.. aku tahu isteri aku lebih kaya dari aku.. rumah pun rumah dia.. Bila dia orang sekeluarga berkumpul aku rasa macam dihina oleh keluarga dia sampaikan bapak mertua aku pernah cakap gaji aku dengan tukang masak lagi mahal tukang masak buat apa aku kerja? aku kadang2 terasa mcm terhina. salahkah aku bergaji kecil? aku tahu rumah nama isteri aku kereta pun sekarang iswara buruk aku pun aku dah jual. sebab kereta isteri aku lebih selesa.. kenapa nak hina gaji aku?? aku kerja.. rm1800 sebulan.. rm500 bayar rumah kat kg.. mak bapak aku rm500.. isteri dan anak2 rm500 aku bagi.. rm300 sahaja aku guna untuk makan dn minyak motor.. sekarang apa harus aku lakukan.. sebab sekarang aku dah mula malas balik rumah.. selalu lepak.. keluar mlm.. entahlah.. rasa dingin bila bersama isteri.




