assalamualaikum admin.. Tolong hide profile sy ya.. Saya berusia 30yrs dan hampir 6tahun telah mendirikan rumah tangga dikurniakan 3 orang cahaya mata dan sekarang tengah preggy nak 4 bulan minggu ni. Semalam aku bergaduh besar drngan suami aku gara2 judi online.Sms tu masuk waktu dia tengah tidur. macam biasa mestilah aku angin.. aku pun tunjuk kat dia mesej tu lepas dia dah bangun. Dia kata dia tak main judi online tu. tapi kawan dia.
Yg peliknya kalqu betol kawan dia kenapa nak kena pakai number fon suami aku untuk urusan judi online. Laki aku kata dia cuma mesej pakai number tu. dia just dibelanja pakai number tu. Sebelum ni memang dah penah terkantoi tu pun memang aku cukup angin sangat sebab bapa aku sendiri pun kaki judi masa muda2 dulu. Sekarang agak kurang sudah kegiatan nya tapi ada masa tu beliau pun layan judi online. Jadi aku tak mau segalanya aku tengok dalam hidup ni penuh judi ja.
Nak dijadikan cerita..aku tak puas hati. sebab petang tu aku dah cek wasap dia xda pun perbualan konon2nya yg si kawan dia yg pakai number tu uyk wasap judi online..xda bukti..bila aku tanya dia.dia kenapa dia padam bukti perbualan..kata sja padam kalau tak padam pun tetap jadi gaduh. Sekurang2 nya bila ada bukti dia masih boleh dianggap jujur..malah yang ini bagi aku nampak sangat dia tak jujur. Aku sedih admin..sebab ni bukan perkara skali dua dia tipu aku.Banyak lagi sebelum ni dia tipu..aku bagi dia pluang n sound dia.
Pantang hidup aku bila kena tipu. memang sukar aku nak percaya. Dia tak penah faham dan cuba bantu aku untuk bina kepercayaan aku pada dia. malah dia tambah dengan penipuan demi penipuan. takkan sampai ke matti aku kena hadap macam tu? Pagi ini 4/3/2019. hari aku berscan untuk ptama kali.Tapi aku tak punya semangat macam sebelum ini. aku bukan tidak sayang pada anak ini.Tapi keadaan macam tidak mengizinkan aku menjaga kandungan ni. aku rasa nak gugurkan kandungan ni sebelum jadi lagi besar.
Macam2 kata2 hinaan makian yang suami aku bagi admin..hanya sebab aku cakap soal kes judi online dia habis dia buka segalanya. Segala hitang piutang aku pun dia cakap. Hina nya perempuan seperti aku yg tidak mempunyai kerja..
ni la birik akibatnya kalau tidak memiliki duit sendiri. Habis semua dia ungkit. Aku da malas nak fikir sebab dah selalu sangat jadi macam ni. aku tekad nak gugurkan kandungan ni juga atas faktor perlu cari kerja secepat yang boleh supaya aku tidak lagi bergantung dengan laki sendiri.
Aku rasa nak lari jauh2 dari semua ni. Betul kata mak aku bila teringat balik dia pernah memesan Cari kamu kerja sebab kita ni perempuan,bila2 masa je kena tinggal” Yess sekarang aku dah nampak segalanya.Tuhan dah bagi aku ujian ni. apa yang mak aku cakap memang betul. Aku unblock number laki aku. Aku tengok dia masih blocked number aku. Nampaknya memang dia cabar aku..
Aku tak nampak apa2 jalan penyelesaian lagi buat masa ni..yang aku tahu nak gugurkan kandungan ni sebab nak kerja nak tinggalkan semua..Anak-anak aku,aku tinggalkan dengan mak aku untuk kejar balik kerjaya aku yang pernah aku tinggalkan sebelum ni. Aku nak buktikan yang aku boleh bangkit tanpa harap dia lagi..bukan aku tak sayang pada anak ni.Tapi keadaan memang tak mengizinkan aku untuk terus menjaga kandungan ni..
Pagi ni pegi scan.Aku nak minta nasihat doctor kot2 dia boleh bantu aku untuk lakukan penguguran ni.Aku tekad nak buktikan pada dia..apa yang dia cakap semua tu makan dalam hati aku.Aku tau mesti akan ada kecaman..aku terima apa saja sekarang ni.Rumah tangga??…Aku tidak ada keputusan buat masa ni samada nak cerai atau nak apa.Aku biarkan allah bagi ketentuan…kalau ada jodoh adala.Tapi aku tak rasa nak moveon lagi.
Aku dah tawat hati dengan semua penipuan dan ketidakjujuran dia.Lagipun dia anggap aku ni hanya menyusahkan dia..control dia. Aku nak cerita lebih pun masa dah singkat sebab nak bersiap untuk rawatan..nanti jikalau ada lagi yang perlu ku kongsikan.Aku akan sambung lagi..doakan yang baik2 untuk aku dengan anak2.Semoga apa yang jadi ni akan menguatkan aku dan memberi pengajaran buat hidup aku untuk masa akan datang amin..




