Salam admin. Minta siarkan pos saya. Terlebih dahulu, tlg hide profile saya. Terima kasih admin. Aku Bukan Isteri Sempurna Aku isteri yang tidak pandai bergaya. Hanya suka pakai blouse dan seluar je. Itupun yang longgar sebab tak selesa pakai yang ketat. Aku isteri yang suka pakai shawl labuh tutup dada. Sebab aku jenis tak selesa kalau pakai tudung singkat dan belit² leher. Rasa tak selamat bila org keliling tgk dada.
Aku isteri yang tidak pakai makeup. Pakai bedak dan lipstik je. Sebab aku tak selesa bila muka aku ditepek macam2 benda.
Aku isteri yang semberono je. Apa suami aku beli aku pakai. Bila suami aku tak mampu beli, aku tak minta. Pakai baju tudung ulang2 pn tak apa. Aku seorang isteri yang terlalu sayangkan suami. Walau buruk mana suami aku sekalipun aku tak nak cari lain.
Aku seorang isteri yang ada dengan suami masa dia susah senang. Walau keluarga senang, aku sanggup susah dgn suami sebab aku memang jenis sayang suami dalam apa jua keadaan. Aku seorang isteri yang selalu rindukan suami. Kalau boleh nak berkepit dgn suami 24 jam setiap masa sebab suami aku tu jelah kawan aku.
Tapi aku bukan isteri sempurna. Bila suami aku cari perempuan cantik dekat facebook masa aku dah 9 bulan mengandungkan anak sulung kami Hancur luluh hati aku baca messenger facebook dia tegur perempuan cantik masa aku dlm pantang. Ni bkn kes pertama suami aku usha perempuan cantik dekat luar tu. Tp dah byk kali. Dan kali ni aku rasa aku bersalah. Bersalah kerana terlalu sayangkan suami aku sedangkan suami aku tak sayang sangat dekat aku pn.
Aku rasa dah tiba masa aku lepaskan suami aku kerana Allah. Abang, pergilah cari perempuan lebih baik dari sayang untuk abang. Sayang bukan isteri sempurna. Abang terlalu baik untuk sayang sampai sayang tak mampu nak mempertahanakan hubungan ni lagi. Sayang redha dan sayang lepaskan semuanya.