Salam min aku ni nak luah sikit perasaan pasal isteri aku ni.. Aku nikah dah 3 tahun dengan dia janda anak 3 min.. Anak2 dia aku sayang sangat min. Anak2 pun sayang aku. Aku tinggal kat belah utara. Aku sangat sayang pada isteri min.. Tapi masalah nya isteri aku ni kuat melawan. sikit2 nak minta cerai aku naik Bosan min, Dia maki hamun nya aku. kalau dia naik hangin. aku di halaunya.. Jangan balik katanya, nak kata aku tak tolong keje umah. Aku tolong jugak. teman kan dia masak kat dapur, aku ikut je apa yg dia nak aku buat tapi semua tu tak datang makna pun kat dia Hahaha.
Aku pun heran..semua sudah aku siapkan dari a sampai z.. Cuma aku tak dapat la nak mewah2 kan dia sebab gaji aku cukup je min sebagai attendance, hospital. yang aku pelik marah sikit minta cerai sikit2 cerai, Bila aku puji dia cantik dia kata aku ayat dia bila aku cakap ko nak Aku ayat sapa lagi Kalau bukan ko? puas sudah aku nasihat jangan buat macam ni lelama aku naik bosan lak perangai dia.. Aku cakap kalau betul ko nak cerai aku fail kan kat mahkamah. sekarang tengah tunggu mahkamah panggil min.. Aku sayang dan cinta dia tapi sikap dan perangai dia buat aku naik muak, dia seolah tak bersalah langsung, aku tak tahu dia berpisah dengan laki dia dulu min.. Adakah sebab perangai dia sekarang ni..Betul2 buntu dengan sikap dia. bawang rangers kalau nak kecam silakan aku tak kisah..




