Salam krt…hide profil aku takut ramai yang pm aku nanti. Kes aku ni bukan masaalah aku pun sebenarnya . tapi masaalah ramai pompuan diluar sana cakap aku g!la. aku tak siuman. aku seorang yang selalu sibuk. aku sibuk menguruskan biz. kadang bila balik rumah aku da penat. masak untuk anak2 pun ala kadar. mujur laki tak milih makan.
Nak guna pembantu rumah rasa macam tak best pulak sebab ada orang lain dalam keluarga kami. setelah berbincang dengan laki. aku suruh laki aku kawin lagi. laki aku setuju dengan syarat calon madu aku. aku yang cari. dipendekkan cerita aku kenal dengan sorang adik ni. umur awal 30 an.
Cantik bergaya orangnya. bila aku suarakan hasrat aku. Dia terkejut dan cakap aku da hilang akal. Setelah hampir 3 bulan aku dan laki berjaya memujuknya. rupanya dia janda. diceraikan suami sebab tak boleh beranak. dah 11 tahun kwin. tapi tak beranak. tak kisahlah cerita silam dia. yang penting kami sekeluarga dah suka untuk dia jadi keluarga kami.
senyum lebar laki aku. Haha dan bernikahlah laki aku dengan dia. Sekarang dah masuk 1 tahun 3 bulan dia jadi keluarga kami. Dia tak kerja cuma duduk rumah masak. Kemas2 rumah. layan anak2 aku. bila aku dan laki balik keja semua dah beres. hati aku lapang. walau duduk rumah saja
Aku bagi rm1000 untuk kegunaan peribadi dia. yang lain semua sama macam satu keluarga. Makan pakai laki aku terjaga. tak de la pakai baju kedut tak serika dah. layanan laki aku pada aku tak berubah. sama macam dulu.. kalau laki aku mintak tapi aku rasa penat dan tak ada mood. laki pergi kat dia. aku ok tak ada hal.
Masaalahnya orang luar aka makcik2 bawang yang dok sibuk nak menghasut madu aku cakap kami buat dia macam orang gaji la. hamba la. dia selalu balik mengadu pada aku dan laki.. aku suruh dia sabar sebab orang lain tak tahu apa yang jadi dalam rumahtangga kami.
yang kawan2 aku pulak semua cakap aku dah gila sebab bagi laki kat orang. bod0h ke tak tengok laki aku masih macam dulu dengan kami sekeluarga. dan soalannya disini. berdosakah aku sebab buat mcm ni. kalau tak berdosa kenapa ramai yang tak puas hati. sekian.




