Salam min. Tlg hide profile saya. Saya nak minta pendapat kakak2 dan abang2 kat sini. Saya ni baru berkahwin 4 bulan dan sudah menjadi suri rumah sepenuh masa. Sebelum saya berkhwin saya bekerja dan mempunyai pangkat dan gaji yang agak memuaskn.
Saya ni lebih selesa berkawan dengan lelaki dan kebanyakkan kawan saya adalah lelaki. Saya ni boleh dikatakn agak s0sial dan open minded. Kalau balik malam dan tak balik rumah tu perkara biasa kalau dah lepak dengan kawan2 lelaki ni.
Kisah bermula bila ada sorang staff baru laki datang ke tempat kerja kami dia ni agak brumur sikit dan ank kedua dia pon sebaya dengan saya. Pada awal pertemuan kami dia dah berani confess yang dia sukakan saya lebih dari yang saya fikir.
Saya tak ambl serius pon apa yang dia cakap tu tapi semakin lama saya ignore, semakin bersemangat dia cube pikat saya. Sehinggalah akhirnya saya terlentok dalam dakapan dia. Beberapa kali juga kami terlanjur dan saya tak penah ada secalit perasaan pon pada dia dan ketika melakukn hubungan terlarang tu.
Tapi saya tak tahu lah saya begitu mudah tergoda dengan pujuk rayu dia tu. Sehinggalah saya berkahwin dia masih memujuk rayu untuk nak kan saya. Saya dah berterus terang pada dia yang hubungan ni tak boleh diteruskn sebab saya dah berkahwin tapi dia macam tak mengerti.
Siap offer diri nak jadi penasihat rumah tangga saya. Akhirnya saya buat keputusan untuk berhenti kerja dan jadi suri rumwh dan ingin taat setia pada suami saya swje. Saya saggup hilang kemewahan hidup semata2 nak pergi jauh dari dia.
Saya ingatkn akan berakhir hubungan saya dengan dia tapi dia begitu bersungguh mencari saya di socmed dan dari kawan2 saya. Btw hubungan kami ni tak ade sesiapa pon yang tahu dan saya tak ade cerita kat sesiapa sebab saya malu untuk aibkn diri sendiri.
Adakalanya saya terfikir seperti mahu laporkn perangai dia pada isterinya tapi saya lihat isteri dia macam membenarkn hubungan kami. Pernah sekali tu ketika kami bersama isteri dia menelefon dan dia cakap dia dengan saya dan isteri dia seperti memahami privasi kami.
Dan ketika saya meletak jawatan,isteri dia dapat tahu dan isteri dia meluahkn rase sedih kerana dia bimbang suaminya bersedih sebab kehilangan saya. Sehingga sekarang dia masih mencari saya dan brusaha untuk brjumpa dengan saya. Sesungguhnya saya tak mahu meneruskn hubungan seperti ini dan saya sangat sayangkn suami saya.
Saya tak berani untuk ceritakn semua ini pada suami saya sebab saya terlalu sayangkan dia dan saya tak boleh fikir apa reaksi dia kalau dia tahu mengenai hal ini. Apa yang saya buat sekarang ni saya cume ignore lelaki tu dan sedaya mungkin untuk brjauhan dengan dia.




