Mohon hide fb aku nie min. aku cuma nak meluahkan kt sini. aku dan isteri berumahtangga bwru 2 tahun dan dikurniakan sorang cahayamata perempuan brusia 1 tahun lebih.. isteri aku sekarang selalu bersikap dingin dengan aku kadang2 sehari tak bercakap dengan aku. aku rasa pelik.
kadang2 tak semena mena tiba2 dia whasap aku minta lepaskan dia. Aku jadi buntu dengan sikap dia sekarang ni dan
Mungkin kisah lalu selalu menghantui dia kot sebab dulu aku pernah curang 2 kali dengan dia masa dia dalam pantang dan masa anak aku umur 8 bulan.. memang aku mengaku salah aku tapi aku dah tak buat semua tu.
Bila aku tanya dia “apa yang dia tak puashati dengan aku lagi”..dia jawap “aku selalu bersikap tak endah kt dia, dia rasa aku macam tak sayang dia”.. Aku jadi pening min.. sampai satu masa aku terpikir bini aku nie macam dah kena rasuk. Skejap dia ok dengan aku sekejap dia jadi benci dengan aku. apa yang patut aku buat. aku buntu. dia selalu minta aku lepaskan dia.