Salam kepada semua warga KRT. Saya seorang mualaf, selepas masuk Islam banyak ujian yang pernah lalui, last saya memilih untuk berkahwin sebab saya bergaduh dengan keluarga dan saya takut saya akan berdosa banyak lagi sebab tiada orang guide saya. Jadi saya pilih untuk kahwin. Masa tu saya percaya “bercinta selepas berkahwin”, jadi saya pun redha saja masa kahwin.
Macam biasa, setiap permulaan perkahwinan mesti ada ujian, Alhamdulillah saya dapat bersabar. Suami saya pernah kahwin sekali, dia cerai sebab kantoi curang dengan perempuan lain, masa tu wife dia mengandung. Masa saya mengandung saya ingat balik, dan fikir “berapa sakitnya hati kalau saya kena buat macam tu” start daripada fikiran itu saya makin banyak fikir negatif tentang suami.
Ujian yang sebenarnya ialah selepas beranak, perangai suami makin berubah, saya tak tau, mungkin saya dah gemuk. Saya nak kurus juga, tapi susah ya amat, sampai sekarang tengah usaha lagi. Doakan saya cepat kurus ye. Suami jenis yang bercakap kasar, dulu dia tak macam tu, tapi mungkin perangai real dah mula keluar. Bercakap kasar tapi tak naik tangan lah.
Alhamdulillah juga. Selalu saya fikir mungkin suami stressed kerja dan saya pun sedar diri saya tak cantik macam dulu lagi. Jadi kalau suami baran saya akan biarkan saja, saya akan maafkan. Tapi semakin lama, saya dah macam tiada hati, mungkin sebab sakit hati terlalu banyak, sampai sekarang dah tiada apa apa perasaan dengan suami.
Saya stressed tengok muka suami, sebab dia jenis yang buat salah tak suka minta maaf. Saya jenis yang kalau sedar diri akan terus minta maaf. Jadi saya mula hilang kehormatan kepada suami, sebab dia tak minta maaf dengan saya lepas dia bercakap kasar. Mungkin korang rasa bukan pukul jadi patut bersyukur la semua, saya dulu pun fikir macam tu, sebab makan minum tempat tinggal semua suami bagi.
Tapi semakin lama saya jadi tak dapat nak maafkan. Macam kuota maaf dah habis. Saya pun nekad “ daripada setiap hari sakit hati macam ni, saya nak sayang diri saya, tak nak dia sakitkan saya macam ni lagi, saya nak berhenti ada perasaan dengan dia supaya saya takkan rasa sakit hati lagi.” Sampai sekarang saya dah jadi tiada nafsu dengan suami, saya jijik dengan suami.
At first saya layan dia sebab tak nak berdosa tapi sekarang setiap kali bersama selalu teringat dia sakitkan hati saya. Saya dah banyak bertolak dan bagi alasan masa suami minta. Saya dah tak boleh puaskan n4fsu suami, dan saya rasa itu tak adil pada suami sebab itu hak dia. Saya minta dilepaskan tapi dia tak nak, dia minta bersama dengan saya saya rasa macam dir0gol.
Saya tak tau nak buat macam mana lagi, kalau suami mampu memang saya bagi dia kahwin dua tapi dia tak mampu. Kenapa dia tak nak lepaskan saya? Kalau dia sayang saya kenapa dia setiap hari kena sakitkan hati saya? Kenapa? Saya tak tau nak buat apa dah hanya mampu berdoa. Kamu rasa apa yang saya patut buat?