Assalamualaikum admin,mohon hide ye sebab pinjam fb kawan..Tq sudi siarkan. Saya nak share sikit cerita saya,dan saya tau saya akan dikecam terok. saya wanita berumur 20an, bekerjaya dan sebelum ni saya sangat2 anti pada suami orang. tak tau la kenapa tapi selalu sangat kene ngorat dengan lelaki yang berstatus suami orang ni. sebaik baiknya saya cuba tepis setiap layanan, tak mahu langsung layan suami orang.
Tapi baru2 ni saya tersuka tanpa sengaja seorang lelaki 30an yg dah berkahwin. kami berkenalan di media sosial, dia yg add saya dulu, mulanya berkawan seperti biasa saja, lama kelamaan bertukar jadi suka, sebab layanan dia tak sama macam lelaki bujang, sangat caring dan pandai amek hati saya. dia pon mengaku yang dia da berkawin, mempunyai 3 orang anak yang masih kecil dan mahu berkawan saja dengan saya, kerana pjj dengan isteri dan anak2.
Isteri dan anak2 di Perak dan dia bertugas di selatan. dia bosan dan perlukan kawan sebagai teman untuk hilangkan rasa sepi. Setelah beberapa minggu contact melalui fon saja, kami mengambil keputusan untuk berjumpa. Dia sanggup datang dari selatan ke selangor untuk berjumpa saya. Segalanya ok dan lancar.. dia bawa saya keluar jalan, bersiar siar, makan dan berbual.
perasaan ni bertambah suka kerana dia mempunyai ciri2 lelaki idaman saya.. tinggi lampai, hitam manis, bekerja badan beruniform, tak merokok dan sangat2 kelakar orang nye. lepas dari tu kami teruskan berhubung, dan dia datang sekali lagi ke tempat saya untuk berjumpa lagi, dan kami tewas dengan nafsu, kami terlanjur min saya tau berdosa, dan memang rasa bersalah bila memikirkan tempat sebagai isteri dia, tapi perasaan suka ni sukar ditolak kali ni.
Dan beberapa bulan yg lepas, kami berhenti berhubung sekejap kerana dia balik ke tempat isteri, katanya tak mahu kantoi, saya pon turutkan kemahuan dia untuk tak bermesej atau call selama dua minggu. perasaan rindu tu makin kuat, dan cemburu pula datang bila teringatkan dia meluangkan masa bersama isteri dan anak2. melakukan hubungan suami isteri bersama, saya sedih, tapi saya hanya bersabar.
Dan baru2 ni kami berjumpa lagi, kerana dia berkursus di KL, dan sanggup datang ke tempat saya untuk berjumpa,,dan kami terlanjur sekali lagi.. perasaan rindu tu sukar ditepis membuatkan saya rela bersama dengan dia. Pada pendapat warga krt sekalian la kan, patot ke saya beritahu perkara yg dah jadi pd si isteri?dan tunjukkan bukti2 pada dia?
Saya stalker fb isteri nya dan tengok isteri nye sangat cantik dan berkerja sebagai penjawat awam, juga ade berbisnes. mustahil rasanye dia mahu melepaskan isteri nya tu. tapi tak apa, saya sanggup jadi isteri kedua asalkan suami nya mahu bertanggungjawab atas apa da jadi. saya tak mengandung sekarang kerana kami berhati hati ketika bersama cuma saya mahu dia bertanggungjawab atas keterlanjuran kami bersama.
saya buntu dengan perasaan ni, dan saya tau saya bersalah.. Cuma perasaan dan hati kan, kadang kita tak boleh nak menduga saya sedia utk dikecam, tapi pls bagi pendapat juga. Apa patot saya lakukan? Perlu beritahu pada isterinya atau teruskan berdiam aje? nak tinggalkan dia?Perasaan sayang dan suka dah timbul dalam hati ni,susah rasanya nak buang macam tu aje.




