NAFKAH. Aku ni bukan seorang yang meminta minta jauh sekali nak menyusahkan suami sendiri. sebelum ni aku kerja sendiri, pendapatan cukup2 untuk bantu family sampai la suami suruh cari kerja tetap yang ada payslip, mudah nak buat loan katanya, dia nak beli moto guna nama aku dan untuk bantu dia bayar sewa rumah.
ok takpe sebab selama ni kami pinjam moto kawan utk gi keje. kami gi keje sama2. kalau dapat beli moto lain ok la tak perlu pinjam moto orang. sebelum aku start kerja baru, tanggungjawab uruskan rumah 100% aku galas dan memasak sekali sebab waktu aku flexible masa tu. kami jarang makan luar.
suami akan belikan barang basah sebulan 2 kali dalam rm150- rm200 macam tu untuk jimat ada masa rezeki lebih makan la ayam, kalau tak ade rezeki lebih makan telur. sejak aku kerja, tanggungjawab rumah dan masak dah terbahagi dengan suami, sebab aku balik dah menjelang maghrib, suami pulang dulu utk kemas dan masak .
kadang aku masak tapi lewat , balik kerja baru masak. dulu setiap pagi aku sediakan sarapan , sekarang aku kerja suami kene sediakn sarapan. kalau kami berdua tak larat masak, kami akan tapau makan tengahari kat luar. sejak tu, suami mula merungut, dia banyak memerli. sebab dia balik kerja penat perlu kemas rumah dan masak.
aku cakap pada suami, tak perlu buat, biar aku yang buat bila aku dah balik kerja. tapi suami kata tak boleh tengok rumah tak kemas dan dia nak makan awal, kalau tunggu aku balik memang malam pukul 9-10 baru boleh makan. aku kata pada suami, dia nak aku berhenti kerja ke ? dia kata jangan, susah nanti nak support kewangan kami berdua, dia tak mampu nak bayar semua sorang2.
sekarang dia dah kurang masak tak larat katanya, tak ape la.. aku gagahkn jugak masak pukul 9 malam, kadang2 dia tak larat nak kemas, aku rehat malam tu subuh2 aku bangun untuk setelkan rumah dan dapur. aku tak nak dia fikir aku lepas tanggung,jawab pada hal hal rumah walaupun aku penat. sejak dia kawin dengan aku ni kewangan dia merudum teruk.
Dia ada kereta tapi sebab kereta tu belum habis bayar dia bagi mak dia pakai so mak dia yang bayarkn bulanan. Dia ada lagi satu kereta yang dah abis hutang tapi jarang guna sebab nak jimat minyak, kereta tu pun banyak problem rosak sana sini dia malas nk bawak . stiap minggu buat hal. sampai 1 tahap dia tak boleh nak bagi nafkah bulanan pada aku.
Bulan pertama dia ada bagi rm150 tapi tu pun aku tak guna, aku bagi balik dekat dia untuk tukar tayar kereta. sebab tayar kereta tu koyak aku yang buat aku trlanggar divider jadi aku ksne ganti katanya. ok tak ape la aku pulang balik duit tu. lepas tu dah tak bagi nafkah duit. aku tunggu jugak, tapi tak ade… aku bukan nak duit dia.. tapi kalau dia bagi aku boleh masukkn dalam tabung.
Aku bukan jenis shopping.. hari2 aku tukar pakai baju 3-4 helai yang sama bila pergi kerja .. tudung pun dah tak lama tak bertukar asyik pakai 2-3 helai tu. skin care dan penjagaan diri pun tak seberapa sangat ada ada je tapi tu semua pakai duit aku. makan minum dekat ofis pun pakai duit aku.. aku tak mintak apa2 dari suami. aku beri lagi ada, aku beri bila dia tengah sesak.
Dia selalu tegur aku, sayang awak dah tak ade baju ke asyik pakai baju sama kenape brra tu dah k0yak2 tepi dia. dia pandai tegur tapi tak ade nak bawak aku pergi shopping. kalau aku yang ajak means tak ade la dia belanja, sebab aku yang ajak.. mindset dia sape yang ajak dulu dia kene belanja. sejak jarang masak ni, duit belanja dia tak bagi. aku guna duit aku untuk makan minum atau beli berang keperluan ..
Nak balik kampung kami tong2. duit dia separuh aku separuh. jadi macam mana kalau aku tak kerja betul2 mana nak dapat duit untuk cover kewangan dia dan komitmen aku. tapi kalau aku kerja dia memerli aku. tak tau nak rasa berdosa ke macam mana ni. sejak kawin kami tak honeymoon lagi sebab dia kata duit masih belum cukup, aku kata aku boleh tambah, bila aku kata aku nak tambah je terus dia on. kelakar kan suami aku ni.
1 hari tu aku buatkan dia snek malam, aku hidang kan, dia makan sampi licin, aku minta tolong dia urut kaki aku lepas makan nanti, pastu dia pandang pinggan snek tu tiba2 dia cakap macam ni ” sepatutnye ni semua tanggung jawab awak kena layan saya awak tau tak ? ”
maksud dia tu dia nak aku selesaikan pinggan snek yang dia makan bawak ke dapur dan basuh, sebab aku selalu hidangkan je , aku tak bawak ke dapur dan basuh pun pinggan yang dia makan. aku ckp ye la nti aku buat .
pastu aku cakap kat dia, saya tak pernah pertikai tggungjawab awak pada saya, sempurna atau tak sempurna saya trima apa ada nya, dia terdiam muka dia berubah, lepastu dia terus bangun angkat pinggan dan basuh sndiri. mungkin dia teringat yang dia pun belum sempurnakan tanggungjawab terutama soal nafkah.
bab nafkah battin, kami nama je suami isteri tapi aku masih darra sejak kawin dengan suami. kami dah pergi berubat tapi selalu tak berjaya nak bersama sebab suami fikir aku kne buatan orang.
Tapi sbenarnya sebab suami aku kasar cara nya. dia tak warm up dulu , terus sod0k. banyak kali jugak aku luka sebab cara dia yang terlalu gopoh gapah. sampai aku trauma nk bersama sebab min pun tau kan perempuan ni kena slow2 dan kena warm up dulu sebelum nak sod0k. aku trauma sebab bila dia buat macamtu aku nak buang air sambil nangis tahan sakit. aku pesan banyak kali warm up la dulu, bukan terus sod0k.
Bila aku kata aku trauma dan takut luka lagi dia kata aku boleh jatuh dosa kalau tak bagi. tapi dia buat cara paksa dan menyakit kan tu tak dosa ke min.. sebab aku baca suami pun kene mendatangi isteri cara baik ..bukan cara yang menyeksa kan ? tu belum lagi part dia henyak muka dia kat payu darra aku terasa seperti nak pecah. dia tak tahu cara lembut nak sentuh aku.. nak belai2 tu jauh sekali.
Aku trauma tapi aku taknak jadi isteri yang berd0sa .. adakah aku yang berdosa tak mampu bagi nafkah battin atau dia yang mendatangi aku dengan cara salah? ada lagi 1 perkara yang menambah kilan dalam jiwa ialah, mak mertua aku seorang yang baik. selalu support bagi suami aku duit poket sikit2. aku kadang2 baca juga msg suami dengan mak mertua aku, mak mertua aku selalu msg ” mak dah bank in rm200 tolong bayarkan bill mak rm50 selebihnya buat belanja untuk isteri awak ”
Tapi tiap kali tu la aku macam tak merasa duit tu, mungkin aku tak nampak suami aku guna untuk beli makan dan sbagai nye tak ape la. mse bfday aku, mak mertua aku msg bende sama ” mak dah bagi rm200 bayar bill mak rm50 slebihnye belanje utuk bfday isteri awak ” tak ade pulak suami aku belanje pape mase bfday. sunyi je. mak mertua dan pak mertua yang belanja makan..
baru2 ni rezeki aku murah, majikan naikkn basic dan komisyen aku, jadi gaji aku dari rm2000 dah boleh cecah rm3000-4000 , husband kata untung la awak mudah je jalan Allah bagi , saya kata rezeki saya rezeki awk jugak, aku pun fikir macm mane nak tolong suami aku dapat kan duit, aku buat partime sikit aku bagi dia duit poket, sebab partime aku ni urut orang tak luak pun rezeki aku kalau bagi dia duit poket sebab gaji hakiki aku dah banyak.. jadi aku fikir2 macam mana nak tolong suami.
Aku pun dapat idea suruh suami buat urut jugak. tapi urut aku je.. sebab aku kerja siang malam ni perlukan jugak orang untuk urut aku. pastu aku cakap kat dia lepas ni nak mntak urut kan kaki tapi aku akan bayar. rm30 utk setengah jam dia urut kaki aku.. lepastu keje partime aku tu perlukan admin utk uruskan file file customer, marketing serta account company. aku offer dia jadi admin partime manage semua tu aku bayar bulanan RM300.
Tapi baru2 ni dia tanya aku mana gaji dia. aku cakap la keje pun sayang tak buat mana la nak datang gaji haha. aku buat macam tu sebab setidaknya dia boleh kumpul dan guna untuk masuk tabung atau belanje yang tak cukup.. berdosa ke aku buat macam tu ? aku dah cuba tolong dia untuk improve kan kewangan sampai tahap aku rasa lebih baik aku saja yang kerja cari duit.. dia duduk rumah supaya dia tak merungut penat sebab kerja skaligus settle kan hal hal dalam rumah.
Kalau aku yang tak keje duduk rumah nanti tak cukup duit nak cover semua belanja kami.. tapi bila aku dah kerja cari duit dan bantu dia kumpul duit dia pertikai kqn tggungjawab aku di rumah yang lompang2 tak teratur macam sebelum aku kerja.. paling aku tak boleh lupa ayat dia . ” kalau tak nak saya cari lain, jaga la saya baik2 ”
wahai suami.. hati perempuan jangan buat main.. bila dia sayang , dia sayang betul. Tapi kalau tak ade penghargaan buat dia, dia teruskwn hidup dengan kamu hanya atas dasar tanggungjawab semata bukan sebab cinta yang pernah mekar dulu. kalau masa tu kamu mula datang bosan dan tinggalkn dia tu punca dari diri kamu sendiri.. dia tetap mampu survive hidup tanpa kamu.. yang rugi adalah kamu sebab tak mampu jaga amanah, kesetiaan dan pengorbanan yang diberi oleh insan bernama isteri.




