Assalammualaikum admin. Mohon hide fb saya. Saya seorang isteri berumur 40 an dan mempunyai 3 orang anak lelaki yang masih bersekolah. saya berkhidmat di jabatan perkhidmatan awam manakala suami saya baru sahaja berpencen sebagai seorang angota. kami sebaya, Sebaik berpencen suami saya telah menikah lain tanpa pengetahuan saya di kuala lumpur dengan seorang janda berumur 30an dan mempunyai seorg anak perempuan.
wanita tersebut bekerja di sebuah hotel sebagai pembantu tukang masak. Kerana kepandaian memasak antara alasan suami menikahi dia. Saya mendapat tahu perhubungan mereka setelah 4 bulann mereka bernikah. Itupun melalui gerak hati dan siasatan saya terhadap suami. akhirnya suami mengaku. Dia menikahi wanita itu kerana kesian dengan kehidupan susah wanita tersebut dan berkeinginan ingin membantu.
Mereka telah bernikah jadi saya tidak boleh berbuat apa2. Selepas kejadian itu saya terus meminta suami membuat wasiat bersama demi masa depan saya dan anak2. Saya tidak menyerang wanita itu. saya menghadapi situasi ini dalam keadaan tenang dan sabar. emosi saya hanya Allah yg maha mengetahui. Tetapi ketika semua perkara terbongkar, setitik pun air mata saya tidak mengalir. Saya banyak berdiam diri.
Saya hanya mampu beristighfar di dalam hati dan memohon pada allah semoga saya dapat menghadapi semua ini dengan tabah dan tenang. Saya tidak menghadapi masalah dengan wanita itu. Kami menjalani hidup seperti biasa dan sendiri2. Cuma kadang2 suami akan membawa kami semua keluar bersama menonton wayang dan makan2. Suami juga tegas dan adil dlm bab giliran.
Cerita bermula bila perniagaan suami mulai merosot. semua benda yg dia lakukan tidak menjadi. Modal mulai susut duit pencen dah berkurang. Keuntungan tiada. Suami meminta bantuan saya. dia ingin meminjam wang. disebabkan jumlah yang ingin dipinjam terlalu banyak maka saya telah meminta madu saya berkongsi untuk membantu suami.
Akibat perkara ini suami saya memohon pada saya untuk merahsiakan perkara ini pada madu saya. dia tidak mahu madu saya tahu perkara ini dengan alasan madu saya org susah. ada beberapa hutang yg perlu diselesaikan selain madu saya menanggung mak dan adik beradik yang lain. Persoalannya disini saya tidak setuju dengan keputusan suami saya itu.
pada saya madu saya perlu tahu walaupun dia tidak dapat membantu saya tidak faham kenapa suami saya bersikap begitu. alasan dia saya tidak boleh terima. Saya amat takut jika saya hanya diperalatkan oleh suami saya. Dia pernah berkata ingin mengubah wasiat. Dia berkata begini ketika saya enggan untuk membantunya. saya bukan tidak mahu membantu tapi saya marah sebab saya diminta merahsiakan perkara ini. saya sungguh dalam dilema. Tolong komen yang murni2 saja.