warga krt. saya ni bermasalah ke? boleh bagi pendapat tak? saya dah hidup bersama suami hampir 4 tahun. kami belum ada anak. jadi kami dah selesa bersama kemana sahaja memang berdua.
nak dijadikan cerita. adik perempuan suami ber umur 20 tahun menumpang dirumah kami untuk merantau cari pekerjaan. sekarang ni dah masuk 3 minggu. tiada bayang lagi yang dia akan mula start kerja. dah pergi interview sana sini. ada panggilan tetapi dia tak pergi, senang cerita saya tengok dia memilih kerja. ok itu masalah dia lah.
sekarang ni saya dah mula rasa macam cemburu iri hati sedih marah dan pelbagai perasaan lah yang muncul sejak adik suami tinggal disini. saya rasa cemburu bila suami berbual riuh rendah dengan adik dia sedangkan saya di dapur tengah memasak dan mengemas. beli barang dapur selalu kami suami isteri akan pilih barang sama2. tapi bila kami bertiga pergi ke pasaraya suami akan suruh adik dia pilih barang dengan dia,tanya teringin nak makan apa, beli je ambil je. sedangkan saya sorang2 mencari barang lain.
bila saya shopping barang keperluan diri, suami akan offer adik dia untuk beli sama juga. suami bayar. bila malam akan main game playstation sama2. yang membuat saya rasa terpinggir sangat suami ada kata, “ada adik baru best main game bola ni, kalau tak abg main dengan pc je, akak ros (bukan nama sebenar) bukan reti main pun”. saya sedih sangat-sangat. sehingga saya rasa macam nak keluar sahaja dari rumah ni.
memang tiada hubungan yang ‘meragukan’ antara suami dan adiknya yang ada cuma hubungan adik beradik sahaja. sebab saya suri rumah saya dapat pantau semuanya. walaupun orang cakap ala itu pun nak sentap kan adik sendiri bukan perempuan lain. ye memang saya sentap. sebab saya tiada anak lagi. macam2 usaha yang saya dah cuba utk dpt kan anak tetapi belum ada rezeki. hidup saya kosong.
walaupun saya senyum diluar tapi didalam saya rasa perit. saya rasa macam saya ni sia2 kahwin sahaja sebab tak dapat beri zuriat pada suami saya.
bila dia happy2 dengan adik dia saya cemburu saya rasa terpinggir. tak tahu macam mana nak luah kan. tak tahu apa masalah saya. normal kah saya?
maafkan saya mak yang dikampung sebab mak beri anak perempuan saya untuk temankan saya tapi saya tak happy dan saya rasa tak perlu pun ada kawan. saya nak suami saya balik.




