salam min…minta tolong hide profile aku ni. ni aku nak tanya semua bawang2 dalam malaysia ni pasal bini aku ni. macam ni aku ni tak la jahat pun tapi aku jahat di mata bini aku.. apa aku buat semua salah. bini aku jenis banyak mulut. dia tak suka dengan family aku benci dia dengan family aku sampai anak2 dia tak bagi pegang dan dia langsung tak ingin balik rumh aku.
hanya sebab masa dia pregnant mak aku kata aku pilih bini malas, mak aku suruh aku kawen ex aku tu. aku thu bini aku jenis suka buat keja bila orang semua dah tidur pndek kata tak suka orang tengok dia buat keja tu. aku pula jenis tak suka lebih kan bini aku. kalau nak aku bela dia depan keluarga memang tak la. mak aku besarkan aku kenapa aku nak bela bini aku?
Dulu dia selalu ikut balik rumah mak aku tapi sekarang tak nak da.. langsung tak hormat mak aku. hah ni masa pantang pula, aku suami kena cari rezeki apa salah aku balik terus rehat. dia tak bagi sikit2 minta tolong macam dia tak boleh buat sndiri. dia kena lah belajar berdikari tak kan semua aku kena buat? aku tengok dalam krt banyak perempuan boleh buat keja lepas bersalin.
Masa dia pantang pernah sekali aku balik lambat sebab aku nak lepak dengan member aku mula la bising aku balik lambat jam 12 je kot tak ade la smpai jam 4 pagi, bising anak demam laa, panas badan je kot. dia ni mudah mngelabah ni anak dah masuk 7 bulan makin menjadi perangai dia. asyik salahkn aku la. aku lambat sidai kain marah la katanya kena kejar matahari, macam la matahari tu nak lari.
sekarang mengadu dengar suara la, suruh cedera kn ank aku cerita sambil nangis2 aku dia nak perhatian aku je. hari2 aku dengar dia sebut perkataan stress. yang aku ni tak stress dengar dia mbebel tiap hari. aku penat dengan rumahtangga macam ni, aku tengok kawan2 aku bini semua lawa2 tak bising pun. aku ni mak aih lawa lg mak aku dari bini aku.





September 19, 2018
ASTAFIRULLAH HALAZIM… 1. MAK ANDA SATU PERANGAI. 2 BINI ANDA SATU PERANGAI 3. ANDA SATU PERANGAI.
bila saya cuba lihat masalah anda ini… jalan penyelesaianya ada pada anda.
1. sebagai suami anda telah mengambil anak orang jadi isteri dan masukan dalam keluarga anda.
wajibnya anda adalah tempat bergantung dan payung dalam keluarga anda ( anda dan isteri dan anak )
2. anda tidak mempunyai ketegasan atau membiarkan keluarga anda dipersenda oleh ibu anda dengan membuat perbandingan ex anda dan bini anda… ( letakan anda ditempat isteri anda ) bagaimana kah perasaan anda agaknya … memberontak… kecil hati atau merasa rendah diri.
3. tindakan yang anda buat adalah sama dengan tindakan ibu anda ….. maka dalam hal ini … anda saya lihat kurang mempunyai kefahaman tentang ilmu kekeluargaan… dan apa lagi menjadi payung serta penghulu, guru serta pentadbir dalam keluarga….
4 nasihat saya belajar lah dengan mereka mereka yang telah berumah tangga yang lebih 15 @20@ 30 tahun…. dimana anda akan dapat kemanisan daripada pembelajaran itu.