Salam semua…saya nak bercerita dan tanya pendapat. Saya dan suami dah berkawin suka sama suka, selama 2 tahun ni dah banyak kali suami tukar perempuan. Ada yang dia maseg suka2, ada yang sampai maseg hantar gambar lucqh. Saya cuma surirumah sahaja yang tinggal bersama mertua. Setiap kali suami saya maseg perempuan lain, saya mesti akan menangis kemudian saya bangun solat minta ketenangan pd Allah.
Suami saya gaji bawah 2k tapi selalu cakap pasal berpoligami. Hati saya dipijak2, stress sangat sampai saya keguguran dan terpaksa jumpa Psikiatri. Mertua sampai halau saya balik rumah mak saya. Sedihnya hati ni. Tapi saya setiap malam bangun nak minta petunjuk. Saya doa supaya Allah balas semua perbuatan suami saya yang mengabaikan perasaan saya, abaikan nafaqah zahir batin saya.
Orang kata doa orang teraniaya ni amat makbul Tahun ketiga suami saya dibuang kerja duit simpanan habis licin. RM50 pun susah nak ada dalam bank. Pinjam duit kat mak dia sebab suami nak buka business. Business pun failed. Tak ade apa yang dia buat berjaya. Dapat kerja baru tapi bos tak suka. Adik beradik pun tak dapat nak tolong. Dulu dia kata dia letih kerja, jadi kerja rumah semua tanggungjawab saya.
Tapi sekarang dia kerja pun on off je. Siket pun tak tolong buat kerja rumah. Duduk rumah main game. Bangun tidur mintak nasi je. Sekarang business saya urus, kereta RM700 saya tolong bayar siket2, makan minum kain baju saya urus. Pasal kereta saya dah mintak dia tukar tapi dia tak nak. Benci betul saya tengok kereta tu.
Suami saya memang manja sangat dari dulu. Mak mertua tak ajar dia buat kerja sampaikan nak tukar paip air pun tak reti. Mertua tak ajar anak lelaki dia basuh pinggan sendiri sebab tu kerja perempuan!
Saya nak sangat dapat suami yang matang, boleh ringanakan bebanan saya. Umur suami saya 28 tahun dah tapi masih belum ada kerja stabil, rumah pun duk rumah mertua lg, duit simpanan tak ade.
Macam mana saya nak ubah dia ataupun sebenarnya sampai sini sahaja jodoh saya dan dia. Saya kalau boleh tak mahu lalui lagi fasa penceraian sebab saya dah pernah merasa. Saya cuma nak dia rajin tolong saya sahaja. Otak saya betul2 letih sangat2




