Assalamualaikum semua warga KRT.
Saya ingin berkongsi sedikit mengenai kisah keluarga kecil kami. Rata-rata di facebook banyak dikongsi kisah2 suami tak bantu isteri, tak faham penat lelah isteri, menjadi raja dan bak kata akak bawang pandai bikin anak sahaja.
Alhamdulillah, tika saya terbaca mengenai isu-isu tersebut saya begitu bersyukur dengan apa yang Allah sudah takdirkan buat saya. Mungkin saya antara yang bertuah di dunia ini.
Saya seorang surirumah,Suami saya sangat rajin bantu saya, dia sangat faham dengan kepenatan saya di rumah bersama tiga ank kecil di rumah. Sebelum dia pergi kerja. Dia siapkan anak kesekolah,mandikan yang kecil dan membasuh kain.Tugas saya cuma membuat sarapan. Dan selepas dia pergi kerja sy akan selesaikan kerja2 lain yg berbaki.
Bila pulang dari kerja, dia akan ma dikan si kecil (jika saya belum sempatkan mandikan). Anak2 kebanyakan dia sk urus sendiri. Sehari tak dapat basuh berak dan mndikan anak ibarat hidup dia tak lengkap. Lepas makan malam, basuh pinggan adalah tugas hakiki dia. Jika hari minggu kami buat kerja sama2 dan kebanyakannya dia bagi sy berehat dan dia akan urus semua. Begitulah sehari2 kehidupan kami.
Dia seorang yang tolenrasi dalam urusan rumahtngga, mungkin itu satu rahsia kami kekal bercinta selama 13 tahun ini. Tipulah jika tiada bagai gelora melanda, sedangkan lidah lagi tergigit. Setiap kenikmatan pasti ada ujiannya. Begitulah kami. Kehidupan kami agak sempit dari segi kewangan even saya ada buat sikit bisnes online khidupan kami cukup sederhana.. kami sentiasa cuba memperbaiki diri dari hari ke hari walaupun hidup dalam kesempitan kami sungguh bersyukur.
Kami cuba positifkan diri, syukur masih ada tempat berteduh, dan syukur ank2 sihat dan bijak. Saya kesian tengok suami diuji macam ni.. dia perbaiki solat dia.. katanya mungkin tak cukup lagi. Allah sedang menguji katanya. Dia Berubah kepada solat di awal waktu, rajin berjemaah di surau , solat sunat, dan bgn mlm tahjud. Doakan semoga kami terus istiqomah. Di sini dengan rendah hati saya mohon warga krt doakan baik-baik untuk kami, luaskan rezeki kami dan beri kebahgian buat kami.
Mungkin ada dr kalangan kamu semua, ada doanya di angkat. Saya juga mohon kira adanya pengalaman dan pndangan akak2 abang untuk terus berjaya dalam hidup ini. Saya menulis ni bukan untuk berbangga dan riak saya memiliki dia..
Cuma nak bagitahu dunia, masih wujud suami yang menyantuni isteri dan anak2.
Kepada isteri yang tertekan dengan suami yang masih di dunianya sendiri, tak peduli penat lelah isteri saya doakan anda terus tabah dan jangan berhenti doa. Hati suami milik Allah.. doa doa doa. Bagi Allah sentuh ht mereka. Kepada suami.. tak berdosa pun sekali sekali ringankan beban isteri.. pahala lagi berganda.. bahagia pasti jumpa!
Kepada suami saya. Jika awk tak mampu bagi kemewahan dan kesenangan kepada kami, percayalah Allah pasti sediakan awk sesuatu jika bukan di dunia pasti di akhirat nanti inshaallah Awaklah suami 1 dalam 1000. Terimakasih kerana bagi perhatian pada post ni. semoga kita terus diberikan hidayah untuk terus perbaiki kehidupan kita msing2.
TQ semua.





September 26, 2018
Alhamdulillah , Tahniah utk Puan sekeluarga . Semuga sentiasa didalam rahmat , redha dan keberkatan Allah.. Aamiin ..aamiin ..aamiin Ya Robb