Assalamualaikum. Mohon siarkan luahan saya ni dan hide profile ya min sebab saya pnjm fb org. Ini kisah yang saya ingin kongsikan dengan warga krt. Selalu kita baca luahan para isteri tentang suami, kali ini baca dan nilailah luahan hati seorang suami. Saya sudah berkahwin selama 8 tahun dan dikurniakan dengan 3 orang anak. Kami sama2 penjawat awam tapi dari segi gred, isteri tinggi sikit dari saya.
Sebahagian besar gaji saya di peruntukkan untuk bayar loan (rumah, kereta, motor dan personal loan). Selebihnya untuk perbelanjaan dapur dll. Yang tinggal pada saya hanya cukup untuk isi mnyk motor itu pun kadang2 tak cukup juga. Gaji isteri untuk perbelanjaan anak2 (susu, pampers, pengasuh).
Di pejabat hampir tiap hari saya ikat perut sebab tak cukup duit nak makan. Saya malas nak suarakan pada isteri sebab bila saya bagi tau dia akan marah2 dengan suara tinggi walaupun depan anak2. Ya isteri saya seorang yang panas baran dan langsung tak hormat saya sebagai suami. Depan keluarga dan kawan2 dia pun saya pernah kena marah. Macam dah tak ada beza suami dengan anak. Dan selalunya bila dia marah2 saya diam je sebab saya tak suka bising2.
Seterusnya masalah nafkah batn. Dia kerap mengadu penat dan menolak mentah2 ajakan saya. Dah macam2 saya cuba. Malah semua kerja rumah pun saya yang buat sebab tak nak dia letih. Lagi pun dia bising dan marah kalau saya tak buat kerja rumah. Saya ni balik je keje sampai ke malam tak berenti buat keje. Boleh dikatakan semua kerja rumah saya yang buat kecuali masak je sebab tak berapa pandai.
Tapi isteri pun jarang sangat masak kecuali hujung mggu. Tapi tetap juga isteri mengadu penat dan saya syak itu hny alasan menolak ajakan saya untuk bersama. Dah hampir setahun kami tak bersama dan sebelum tu kalau ada pun layanan dia nak tak nak je. Dan sejak tu la kami dah mula tidur berasingan. Dia dalam bilik, saya di ruang tamu. Saya seorang lelaki normal yang perlukan layanan batn. Tapi bila begini keadaannya lama kelamaan saya dah malas nak minta lagi. Akibatnya sejak akhir2 ini saya diserang migraine yang sangat teruk hingga dimasukkan ke hospital.
Pernah juga terlintas nak cari perempuan lain tetapi saya tak berani Pertama sebab saya memang betul2 tidak mampu dari segi kewangan. Kedua sebab isteri pernah cakap kalau dia dapat tau saya ada perempuan lain dia akan tingglkan saya dan saya tak akan dapat jumpa anak2 lagi. Dengan sikap dia yang panas baran dan kuat mengamuk tu, saya percaya dia akan buat macam tu. Sebab tu saya tak berani. Lagipun saya tak sanggup berpisah dengan anak2. Untuk pengetahuan dia juga sangat kuat cemburu.
Account facebook saya pun dia pantau dan check friendlist saya. Mana2 perempuan yang komen post saya dan dia tak kenal dia akan block. Handphone saya pun sama dia check hari2. Dia kenal kawan2 pejabat saya dan sering tanya dengan kawan2 perempuan kalau saya ada skandal. Kadamg2 pantang ada gosip orang skandal kat office, dia akan tuduh saya! Saya tahu sebagai suami saya sepatutnya lebih tegas. Tapi sifat saya memang begini dark kecik. Tak pandai bergaduh apalagi memberontak. Dari kecik saya sering jadi mangsa buli dek kerana sifat saya yang sering mengalah. Di rumah dengan adik beradik, di sekolah, di pejabat malah dalam rumah tangga pun saya seperti dibuli.
Saya kerap ambil cuti sakit. Tapi saya sakit pun isteri tak ambil tau. Kalau saya mengadu sakit pun kena marah juga. Masuk hospital pun kena marah. Untuk pengetahuan masuk hospital tu pun saya pergi sendiri naik motor sebab dah tak tahan sakit sangat. Sepanjang saya di hospital selama hampir 2 minggu isteri hanya datang melawat 2 kali saja.
Entah smpai bila saya dapat bertahan dengan keadaan ini. Tak tahu di mana silap saya. Saya tak pernah tinggal solat, saya puasa, saya tak merokok. Saya sentiasa mengalah dengan dia malah hari raya pun tak pernah beraya dengan keluarga saya. Entah apa lagi yang isteri saya nak. Saya cuba nak berbincang pun dia mengelak. Tetap dengan keras kepala dia. Sungguh saya dah tak tau apa nak buat. Kadang2 saya rasa putus asa pun ada. Rasa macam semuanya bertemu jalan buntu. Sampai saya pernah berdoa minta Allah ambil saja nyawa saya…




