Assalam admin. Saya ni tak tahu lah nak cakap macam mana. Tapi sejak akhir2 ni saya cepat sangat sensitive kalau suami saya buat hal even benda tu kecil je. Saya sebenarnya nak hidup dalam kebebasan. saya suri rumah teringin juga nak bekerja adakala teringin nak sambung belajar. Tapi bila dah kahwin ni bukan semua bende yang kita mahu suami tunaikan. Saya masih mude baru 21. jujur saya katakan saya masih dalam dilema bujang. Rasa keinginan untuk berfoya dengan kawan2 tu semestinya ada dalam diri saya.
Kadang saya ada buat dosa yang mana suami saya tak tahu Suami saya cukup baik bagi saya Dari segi akhlak Solat Nafkah smua dia buat. Tapi saya pun tak tahu lah apa kena dengan saya. Kadang dalam hati ni jahat sangat nak minta dia lepaskan saya supaya dia tak tanggung dosa saya.. sekarang ni saya duduk dengan mertua saya. saya memang tak suka dengan ibu mertua saya. Dia dari segi agama baik. Cuma bagi saya lah ibu mertua saya terlalu caring dengan anak2 dia.
Bayangkan anak dia dah kahwin pun sibuk call setiap hari. Saya ni tak berapa suka dengan cara ibu mertua saya..kalau saya tak masak kat rumah kadang saya tak berapa sihat. Saya mengadu kat suami saya. Jenis suami saya suka mengadu kat ibu mertua saya. ye memang bagi dia ambil berat bagi saya, saya tak suka minta simpati dari org lain. Biarlah suami je yang tahu keadaan saya.
Jadi saya tak nak mertua saya akan kata belakang . Sakit2 sikit pun nak pergi klinik. saya kenal dengan mertua saya macam mana. Saya penat nak jadi baik depan orang Belakang saya menyampah. Tolong saya admin.
August 21, 2018
Dik..kau nak mertua yg jenis mulut lancang..benci kau..yg tak ambik berat pasal kau..yg hasut laki kau supaya tak baik ngn kau ke camne ni? Tadah tgn..syukur byk2 by ur age kau dh kawen n ada suami. Kwn2 akak umur 32 – 34 ramai lg yg masih cari jodoh masing2 dik. Lawan setan dlm diri kau. Yg kena baiki..diri kau. Bkn org2 yg kau cerita td. Be mature and u will understand.