Assalamualaikum Admin. Mohon hide acc saya pinjam acc kawan. Saya Ina berumur pertengahan 20 an. Saya selalu menjadi silent reader dan membaca comment comment yang ditinggalkan untuk dijadikan pengajaran dan iktibar. Saya juga selalu membaca kisah antara mertua dan menantu. Ada yang bertuah mendapat mertua yang bagus dan memahami dan ada yang sebaliknya. Tapi saya pernah dengar orang tua tua pesan selepas berkahwin seeloknya jangan duduk sebumbung. Biar berjiran asalkan bukan sebumbung.
Pada awal kahwin sememangnya saya dan suami sudah mendapat rumah sewa yang telah bapa mertua saya cari. Tapi last minute bapa mertua saya kesian akan anak angkatnya yang mencari rumah lalu diutamakan anak angkatnya. Lalu bermulalah kisah saya tinggal bersama mertua. Pada awal nya semua masih lagi berjalan lancar. Lama kelamaan segala urusan rumah mertua jatuh atas tanggungjawab saya. Dari mengemas dalam rumah, luar rumah, membasuh baju, melipat baju, memasak, seterika baju dan sebagainya. Ya mungkin ada yang akan kata apa salahnya saya tak bekerja apa kata buat ja semua ambil hati mertua jangan merungut.
Saya jelaskan scope yang saya kena buat dalam rumah. Mengemas rumah luar dan dalam. Seluruh rumah. Ya seluruh. Termasuk bilik mertua dan bilik adik adik ipar. Membasuh seluruh baju dalam rumah. Sekali lagi seluruh keluarga termasuk adik adik ipar (ada adik ipar perempuan umur 24). Selalu baju kalau tiba masa untuk membasuh bukan 30 minit. Tetapi lebih sebab baju memang banyak kena buat 2-3 trip. Siap membasuh tiba waktu sidai baju. Ampaian tak pernah cukup ruang sebab baju terlalu banyak. Selesai dah kering saya juga kena melipat dan kena susun di setiap bilik adik adik ipar dan mertua.
Memasak. Kena on time ikut perut bapa mertua. Bapa mertua jenis cerewet. Dari segi rasa tak pernah bapa mertua bunyi sebab ibu mertua saya pun puji masakan saya. Cuma bapa mertua kena on time. On time ikut perut bapa mertua macam mana? Contoh pagi bapa mertua tak nak sarapan makanya tengahari dia akan makan awal time dia lapar semua kena berhidang tepat waktu perut dia lapar. Selalunya memang saya masak awal sebab tak dapat nak agak perut bapa mertua kadang dia nak makan awal kadang lapar. Tengah dok basuh baju dalam mesin memang saya akan rushing untuk memasak.
Sudah makan segala pinggan semua ditinggalkan dimeja. Saya akan ambil dan angkat kesinki untuk membasuh. Basuh tangan pun bapa mertua basuh dimeja makan. Pinggan untuk dibasuh saya tak tahu mana datang. Memang banyak bila dikutip seolah buat kenduri. Ya memang rumah mertua hari hari time makan akan datang 3-4 orang kawan bapa mertua yang akan join makan sekali. Entah kenapa. Seterika baju. Juga sama seluruh keluarga. Entah kenapa sambil menaip sambil berlinang air mata. Allah. Dari baju adik adik ke sekolah tugas saya. Baju sekeluarga solat jumaat. Baju ibu mertua pergi mengajar. Kadang selepas makan malam saya akan terus seterika baju supaya cepat dapat rehat. Sambil seterika ahli keluarga mertua semua akan berada di television menonton cerita selepas semua makan malam.
Beberapa bulan berlalu saya disahkan mengandung tapi saya masih uruskan hal rumah seperti biasa dan selalu waktu petang semua tiada dirumah semua ada urusan. Selalu juga masa ni akan ada mak saudara suami yang berjiran dengan rumah mertua melawat saya. Bersembang. Saya suka sebab dapat juga kawan bersembang. Mak saudara suami seolah faham apa saya rasa walaupun tak pernah sekali saya cerita apa apa. Kenapa saya kata dia faham. Sebab dia pesan mengandung kena jugak rehat buat kerja boleh tapi sekadar termampu. Saya senyum cakap ya maksu. Ibu tak suruh saya buat pun tapi saya sunyi dirumah lagipun ibu sibuk mengajar disekolah tak sempat nak buat kesian ibu. Maksu usap ja belakang saya. ALLAHUAKBAR. Memang saya tahan tahan tahan air mata.
Saya tak reti nak luah apa mertua buat saya cuma tahu cerita apa saya buat dalam rumah tu. Selepas habis semua kerja saya akan masuk dalam bilik kadang air mata mengalir sendiri suami mula perasan saya menangis tiba tiba tanpa sebab. Saya cakap saya letih abang cari rumah sewa ya. Suami cakap ya sayang abang tengah usaha. Quarters semua penuh. Sayang tak larat sayang rehat nah abang bagitau ibu. Cepat cepat saya lap air mata “jangan abang, saya tak nak hubungan saya dan ibu keruh, lagipun saya perlu juga restu dan doa ibu supaya saya mudah bersalin”. Suami peluk saya kuat kuat. Saya kuat dengan suami.
Perut ke 7 bulan saya dapat rumah sewa saya happy. Rumah berdekatan dengan mertua. Saya basuh rumah seorang diri. Bila suami balik kerja suami mengalir air mata sebab saya mengandung cuci rumah dia risau jadi apa apa. Saya kata Allah kan ada. Saya senyum.
Tepat due 19/6 saya start sakit perut sekejap sakit sekejap hilang saya kerap kejut suami. Suami kata sakit sangat ya jom pi klinik. Saya pulak tetiba sakit hilang. Saya cakap “takpa abang lagipun esok memang kena check up”. Tiba di klinik kesihatan sakit makin kuat. Nurse check bukaan dah 5cm. Sakitnya Allah ja tahu. Suami dah mengalir air mata usap kepala sabar ya sayang kuat ya sayang. Dengan kata kata tu terus saya kuat. Dalam ambulance untuk kehospital saya makin rasa sakit. Sakit sangat. Tak berhenti saya zikir “lailahaillaanta subhanaka inni kuntum minaz zolimin” dan niat saya tak pernah sakitkan hati suami ibu saya serta mertua saya Ya Allah kau mudahkanlah urusan bersalinku. Sampai di Hosp dalam 30 minit saya melahirkan putera yang sangat comel. Saya berpantang rumah ibu saya. Lepas pantang saya kembali ke rumah mertua. Tinggal dirumah mertua seminggu dan saya balik kerumah sewa.
Anak dah masuk 2 tahun. Sangat manja dengan tok dia (bapa mertua saya). Tapi masih sama. Apa yang sama? Tugas saya disana masih sama. Sekiranya saya penat saya tak pergi mertua akan call suruh datang rumah mertua untuk memasak. Tapi entah hati saya Allah dah bukakan untuk ikhlas. Saya penat tapi saya ikhlas. Hati saya seronok anak saya manja dengan tok dan nenek dia. Sekarang kalau saya sakit ibu mertua akan datang rumah masakkan untuk saya. Saya masuk hosp mertua saya jaga. Semua berubah mertua saya dan macam ibu bapa saya. Mungkin saya tak pernah merungut. Saya cuma meluahkan pada Allah dan suami. Tapi sekarang saya bersyukur mertua saya dah mula menyayangi saya. Mungkin inilah pelangi yang Allah kurniakan pada saya. Terima kasih Ya Allah.
Tujuan saya kongsikan kisah saya bukan saya nak berbangga saya bersabar. Saya faham setiap individu ada kisah masing masing yang kena lalui. Ada yang lebih teruk apa dari kita sangka. Apa yang diluahkan di KRT memang mengharapkan comment yang membina. Ada yang kadang tak patut diluahkan ada yang patut tapi siapa kita nak judge sebab kita tak berada ditempat si peluah. Saya pernah baca di KRT kisah dianiaya suami dan mertua tak ingat kisah dia tapi comment yang diminta pendapat oleh di tt ada yang meninggalkan comment tt b0d0h tahan sebab bat@ng.
ALLAHUAKBAR Apa saya nak minta saya harap jangan la kita menghentam terlalu teruk cukuplah kita mendoakan yang terbaik. Doa senjata orang mukmin. Setiap orang dilahir dalam keluarga yang berbeza persekitaran membesar yang berbeza. Ada yang lambat membuat tindakan lambat berfikir dan perlukan dorongan, ada yang pantas membuat keputusan, ada yang penyabar mampu bertahan ada yang tak mampu bertahan ada yang kuat ada yang sebaliknya. Saya minta maaf sekiranya ada mengguriskan hati pembaca




