Assalamualaikum.. saya nak luahkan sedikit perasaan saya yang sgt kecewa terhadap suami saya.. kami berkahwin dah mencecah 13 tahun.. dikurniakan 2 org anak dan 2 lagi keguguran.. kali ini dgn rezekiNya, saya diberi peluang untuk mengandung lagi tapi kali ini saya menerima alahan yang sgt teruk.. tak lalu mkn dan tak larat untuk buat hampir ke semua rutin saya.. bila saya adukan kpada suami, suami kata saya mengada-ngada..
Berberapa hari yang lepas, dia ajak saya ke selatan untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat.. saya bagi tahu yang saya tak larat. Dia sembur saya mengatakan yang saya suka beri alasan mengandung seolah2 saya mengambil kesempatan.. Allahu.. sedihnya hati saya.. setelah 8 tahun mencuba dan kali ini Allah beri peluang, ini yang saya dapat?
Selepas kejadian itu, saya sgt berjauh hati.. tapi bila mengenangkan saya ada 2 org anak, wlupun sgt tak larat, saya gagahkan diri juga untuk memasak.. akibat drpada memaksa2 diri yang tak larat, saya diserang sakit perut. Saya mengadu lagi pada suami tetapi suami buat tak endah sebab dia rupanya dah merancang nak juga pergi majlis perkahwinan anak sahabatnya bersama keluarga dia. Luluh hati saya bila dalam keadaan saya yang sakit nie, dia berkeras hati juga nak pergi ke sana dengan perjalanan yang mengambil masa hampir 7 jam.
Sekarang, perut saya masih sakit masuk hari ke 3. Saya dah ke klinik dan doktor menyarankan supaya saya berehat tanpa buat apa2 kerja.. bagaimana saya nak berehat? Sedangkan saya masih ada 2 org anak yang memerlukan perhatian? Tapi sakit hati saya lebih mengatasi segalanya.. di saat saya menahan sakit, suami saya berseronok2 di sana bersama keluarga.. dengan bangga adik dia up status dpt mkn sedap2 dan suami pula send wasap untuk tunjukkan yang mereka stay di hotel bertaraf 4 bintang.. allahu.. saya tak tahu pada siapa lagi saya hendak mengadu.. semoga dengan luahan ini, hati saya mendpt ketenangan.. terima kasih kpada admin kerana sudi menyiarkan luahan hati saya.