Assalamualaikum min. saya just nak tanya pendapat semua, aku ni dah kawin 10 tahun ada 2 orang anak. yang no 1 tu 5 tahun yang no 2 tu baru 7 bulan.. sejak anak no 2 lahir aku ada ajak adik lelaki aku duduk dengan aku. sebab dia tak ada rumah maklum lah baru dapat kerja. mak aku pulak memang suruh aku je yang jaga adik aku ni. sejak2 ni aku perasan istri aku macam kemurungan asik berkurung je dalam bilik. bila aku tanya kenapa dengan dia, dia cume jawab saya tak nak cakap ape2. dia akan keluar bilik bila aku balik dari kerja.
Sebelum adik aku duduk dengan aku family aku ni happy, istri aku rajin berhias selalu dengar ank2 gelak tapi sekarang macam lain sendu je.. sekarang rumah aku macam tak terurus ,bila aku tanya kenapa tak kemas rumah dia jawab macam mane nak kemas kalau adik awk kat ruang tamu main game. saya ni perempuan aurat saya terbatas. adik awk tu lelaki. aku pelik betul lah ingat adik aku tu jahat jahat sgt ke. hadap sangat ke dengan dia tu.
Aku memang tak boleh terima betul lah bila istri aku cakap macam tu kat adik aku. ni dah 2 minggu aku tak becakap dengan istri aku, sebab dia selalu cari salah adik aku. aku kenal adik aku dulu dari dia. aku syang adik aku. aku memang tak boleh terima bila dia ckp pasal adik2 aku. ape aku nak buat dengan bini yang tak dengar cakap! masak memang dah tak nak, konon nak tunjuk perasaan la tuh. ingat dia sorang ke yang penat kerja aku ni pon penat jugak kje…




