Assalamualaikum admin & readers semua. Mohon hide profile ni sbb ni kawan aku punya fb. Aku cuma mintak dia forwardkan. Aku bersedia terima kecaman dari semua. Tp aku pun perlukan sokongan dan nasihat dari korang sbb aku dah buntu. Aku cerita dari awal. Maaf kalau korang tak faham & ayat tunggang langgang.
Bermula lah kisah cinta aku bila aku mula kenal dgn sorang awek ni. Cantik. Budak baru kat company aku. Muda lg orangnya. Mulanya aku nak test market je tak sangka pulak tersangkut. Aku pun masa tu baru je lepas clash dgn awek aku. Aku pun on jelah dgn awek aka bini aku skrg ni. Bila dah lama kenal, aku dpt tahu dia ni anak org have2. Takde lah anak dato ke tan sri, tp dia ni kategori org senang la. Aku pulak cuma org biasa2. Family aku boleh dikatakan org bandar susah. Tp masa tu dia boleh terima aku & family aku wlpun dia tahu family aku susah. Aku ni dasar tak sedar diri, dahla kerja makan gaji tak seberapa, nak jugak kawin dgn dia yg berupa dan dia org yg dah biasa hidup senang.
Sebelum kahwin puas mak aku tanya betul ke nak kahwin dgn awek aku ni. Dia org senang, kita ni takda apa. Boleh ke aku dgn dia. Aku nekad, aku nak jugak. Masa tu pon awek aku ok je. Beberapa bulan lepas tu, kahwin la kami. Alhamdulillah penerimaan family dia kat aku sgt lah baik. Aku bersyukur sgt. Mertua aku layan aku mcm anak sendiri. Awal2 kahwin ok. Kitaorang menyewa sendiri. Bini aku macam tak boleh terima family aku sebab family aku tak macam family dia yang kuat agama jauh dgn family aku yang tak menitik berat langsung pasal solat. Lagi satu mak ayah aku yg suka meminjam duit dari aku dgn gaji aku yg tak seberapa. Dan sikap mak aku suka masuk campur hal rumah tangga kami. Lagi lah bini aku hangin.
Awal2 bini aku kerja ok lagi dia boleh beli apa yg dia nak dgn duit dia sendiri. Jarang sgt dia mintak aku belikan dia apa2. Cuma nafkah dia aku tetap bagi. Sampai lah bini aku mengandung dan terpaksa berhenti kerja sbb kesihatan dia yg tak mengizinkan. Mula lah kisah yg boleh dikatakan dugaan perkahwinan aku. Masa tu mmg aku layan dia mcm tuan puteri. Dia nak apa aku tunaikan. Masa tu ok lg bahagia. Sampai la dia balik kg nak bersalin. Lama dia kat kg. Aku balik sebulan sekali je jumpa anak bini aku. Anak aku comel gile. Lagi la bertambah sayang aku kat bini aku and anak aku.
Tp bini aku ni. Dia mula jadi kurang ajar. Layan aku acuh tak acuh. Sebenarnya mmg dari awal kahwin lg dia kurang ajar dgn aku. Sebelum kahwin pon dia pernah tunjuk belang maki aku. And dia pon pernah beberapa kali curang dgn aku sebelum kahwin. Tp yelah masa tu dah sayang. Aku tetap nak dia. Skrg bila dah kahwin pon dia kerap maki aku. Siap mintak cerai. And dia kalau dgn family aku mmg outz. Kalau ckp pasal family aku je mmg dia badmood lg2 pasal mak aku.
Baru2 ni aku ada bergaduh dgn dia. Dia kat kg dia skrg ni. Kami gaduh dlm fon. Pasal benda kecik je yg aku rasa tak patut gaduh pun. Dia maki aku siap mintak cerai. Dia ckp dia tak bahagia dgn aku, dia penat, dah tak tahan hidup mcm ni. Dia mintak aku lepaskan dia supaya dia bahagia. Aku buntu. Kami baru setahun jagung, anak baru 2 bulan. Takkan nak bercerai? Aku stress jugak kalau bergaduh je mesti dia mintak cerai. Bergaduh je mesti dia ckp dia tak bahagia dgn aku, aku tak pernah bahagiakan dia. Aku layan dia mcm tuan puteri kot. Cuma dari segi duit, mmg aku tak boleh beri apa yg dia nak.
Dulu dia nak apa2 mesti dia dapat tu pun beli dgn duit dia sendiri. Skrg dia dah tak kerja. Aku pulak mmg hutang keliling pinggang. Aku mmg nampak dia stress. Sbb aku nampak hidup dia dah byk berubah. Dulu kerja asyik shopping, skrg tak boleh dah. Skrg apa pendapat korang pasal bini aku ni? Tolong jgn suruh aku ceraikan dia sbb aku sayang dia lg2 bila dah ada anak ni. Aku buntu.