Assalammualaikum krt dan makcik bawang dan pakcik halia skalian. Saya percaya admin akan merahsiakan identity pengadunya. Bismillahirohmanirrahim. Mungkin coretan ni agak panjang ya. Sejak kebelakangan ni saya baca banyak sangat kisah pasal suami curang, orang ketiga tak kisah bermadu dan sebagainya. Jadi saya rasa macam terpanggil untuk share kisah hidup saya. Dan kejadian yang berlaku masih baru lagi.
Bermulalah hidup saya sebagai ibu tunggal di usia 19 tahun pada tarikh 29hb july. Mungkin dah takdir atau Allah dah sememangnya merancang perjalanan hidup saya begini. Saya redha min. Apa yang terjadi saya anggap ada hikmah tersembunyi. Mungkin Allah nak saya ukir senyum seperti dahulu kala.
Bermula lah kisah suami saya dan seorang wanita yang dianggap “dropship” tapi sbenarnya mereka menjalinkan hubungan di belakang saya dikala saya berpenat lelah membesarkan zuriatnya di rumah. Min, sedih min. Saya cuba contact perempuan tu, tahu apa dia cakap dekat saya min? “Tulah tak pandai nak jaga laki, laki kau tu duk burukkan kau dekat fmily aku” allahu. Rasa nak tampaq ja muka dia min. Tapi takpa, saya sabar. Layankan je dua ekor ni punya crita putar belit.
Yang sorang cakap tak ada apa yang sorang cakap dah bawa pergi jumpa parents dah. Aduii pening makcik macam ni. Bukan saya tak ada hati, bukan saya tak ada perasaan, tapi mungkin saya dah penat nak hadapi semua ni min. Nak kata saya tak ada rupa, nak dibandingkan saya dengan prempuan tu, saya lagi up to date. Tak tak, saya tak bangga diri. Saya duduk tanya juga semua orang untuk bandingkan saya dengan prempuan tu.
Hmm entahlah ex suami saya ni nak apa lagi pun tak tahu. Bukan sekali dua jadi, dah berkali2 dan berlain perempuan. Setahun melayari khidupan berumah tangga bagaikan 10 tahun. Seksa dia min, tak payah cakap lah. Daripada sbelum pregnant sampai ke pregnant dan sampai dah bersalin masih rasa seksa. Tapi saya pilih untuk memaafkan.
Pada 3 minggu perkahwinan dia dah menduakan saya, bayangkan min 3 minggu perkahwinan tu orang cakap masih mood honeymoon lagi tapi saya duduk menangis tepi bucu katil kenang nasib diri bersuamikan lelaki yang tak pernah cukup satu dalam hdupnya. Saya sabar, saya anggap semua ni asam garam kehidupan. Nak dikatakan saya baik dengan suami dua tiga hari ja lepas tu buat prangai lagi.
Dalam setiap bulan berlainan prempuan. Kami tak pernah gaduh pasal benda lain, semua pasal prempuan. Dan ada yang dah terlanjur pun dan masa tu saya tengah sarat mengandung. Tapi saya sabar mengenangkan anak dalam perut ni perlukan ayah Kena kuat min bila jadi isteri kepada orang yang macam ni. Lagi satu bukan dia kaki perempuan ja kaki pkul pulak tu tengah saya sarat mengandung, boleh dia pkul macam punching bag. Alhamdulillah anak saya kuat survived dalam perut.
Hari demi hari sampailah ke due saya nak bersalin, saya bertarung nyawa sorang2 min lahirkan zuriat dia. Dia? Tengah seronok lah dengan prempuan2 dia. Entahlah malas nak fikir dah. Tak sakit hati pun cuma berdendam sebab saya diperlakukan sebgitu. Namun saya masih kuat bertahan min walau hati dah diguris berkali2 Sebab fikirkan anak semua wanita2 yang diluar sana yang bersuamikan orang macam ni mesti kuat sebab anak.
Akhir skali min yang jadi baru2 ni lah min. Yang saya crita pasal dropship tu, tu prempuan paling latest lah, dan 100% saya punya kepercayaan dah hilang. Dan plih untuk melangkah pergi dari hdup dia. Dia merayu juga min, dia kata fikir pasal anak, pndai pulak dia nak fikir pasal anak, time main btina dekat luar tak fikir pulak pasal kami. Saya nekad min, apa nak jadi, jadilah. Saya redha, saya kena kuat. Kalau tak sampai bila2 jadi bodoh dan diperbodohkan oleh orang yang sama.
Dan sekaran ni anak saya masuk 2 bulan lebih, tak kenal pun siapa ayah dia. Yelah mostly ayah dia luangkan masa dengan orang lain. Bukan dengan kami. So sekarang saya tengah move on, balik pada keluarga, besarkan anak sorang2. Tapi masalahnya sekarang, entah kenapa saya rasa macam masih stuck dengan bayang dia, sebab anak saya muka dia mostly macam husband, bertabahlah wahai hati, dan sekarang dia tengah meroyan sebab tak dapat jumpa anak.
Saya bukan apa min, apa yang dia khianat saya masih berbekas di hati. Susah min nak maafkan mereka ni. Saya pelik sungguh dengan prempuan2 bujang sekarang, dah tahu laki tu ada bini ada anak, tapi still nak goda nak gedik. Agaknya dah tak da laki bujang dalam dunia ni gamaknya? Macam kes saya ni lah, duduk bersayang, jumpa tengah malam, tah tak tahu buat apa malam2 buta duk jumpa.
Saya tengok perempuan nya elok bertudung, perckpan sopan, tp taktahu pulak hati busuk macam bqngkai. Haihh sabaq hatiiii oii. Saya rasa macam nak bagi sgala bukti yang suami saya curang, tapi nanti makcik bawang pergi serang pulak prempuan tu. Aduiii, takut ada kes bnuh diri pulak sebab tak tahan dengan “weapon” makcik2 bawang. Hihi
Tapi kan, sekarang ni saya rasa lebih tenang lebih bahagia, sebab dah lepaskan sesuatu yang bukan milik saya. Rasa lapang sangat dada ni. Rasa segala belenggu selama ni dah p main jauh2. Dah tak payah fikir suami curang ke apa, yang perlu saya fikir macam mana nak besarkan puteri saya ni. Yelah living as a single mom wasn’t easaya.
Lagi saya tengah duk cari kerja sekarang ni. Barang mahal, nak beli pampers anak semua kena pakai duit. Tak kerja nanti nak beli macam mana. Jadi sesiapa yang ada kekosongan jawatan tu, boleh lah saya tolong isi kan ye. Hihi Okaylah min, saya malas nak sedih2 dah. What past is past lah. The only way is moving forward.
Makcik2 bawang doakan saya kuat nah besaqkan anak saya ni.




