assallamuallaikum.. warga KRT. aku bukan lah penulis yang baik.. aku nk share jalan cerita perit yang aku rasa.. yang dulu nya aku rasa aku salah rupanya allah maha berkuasa dia tunjuk kan aku semua nya dalam masa terdekat.. macam ni.. aku dan suami dah kenal hampir 11tahun.. kami kahwin usia muda.. pernikahan kami dah 7tahun.. kami dikurnia kan 4 cahaya mata.. (sumpah masa typing tengah sebak tahan airmata.. ) dari awal pernikahan kami aku dah diduga dgn bermacam2 ragam suami..
Aku bukan lah baik mana.. tapi aku slalu cuba jadi yang terbaik.. lepas 2tahun perkahwinan suami aku kaki ambil barang terlarang.. dia dulunya pengedar kecil2 juga. aku buta… aku diam.. ditabur duit har*m.. dalam keadaan ekonomi kami yang tak mnentu.. aku tak pandang dosa pahala.. sampai 1tahap semua jadi tak betul.. laki aku bukan kaki pukul sangat.. tapi dia suka menghina caci maki aku.. dan aku tak lah baik sangat yang tadah setiap cacian dia… dia suka lafaz cerai pada aku.. sesuka hati dia.. sampai dia anggap tu 1 permainan..dia tak peduli lagi hukum tu semua.. asal marah lafaz asal marah lafaz..
sampai 1tahap aku dengan suami kerap bertelagah.. aku rasa hubungan kami dah tak betul… aku rujuk pada pejabat agama.. selesai naik turun mahkamah dan telah diputuskan jatuh talak 3 ke atas aku.. suami mula menyesal.. semenjak aku dengan suami da ditkdir kan tak boleh bersama aku mula mengenali insan lain..yang hadir sebagai penasihat.. jtuh hati ats keikhlasan dia.. bekas suami dpt tahu hubungan aku dengn insan tu.. dia mula tak trima cakap aku mnduakan cinta dia.. dia cakap walau sejhat2 dia.. dia tak prnah curang.. dan mndua kan cinta dia.. guys.. aku rasa bersalah.
Dalam masa yang singkat aku trima kehdiran orang lain tup2 allah maha berkuasa aku dapat tahu masa kami suami isteri suami curang banyak kali.. dia dengan membe dia keki betine ramai2 sebab betina tu nak dadah tapi tak ada duit nk bayar.. then laki aku suruh langsai hutang dengan cara mcam tu(membe dia sebelah umah aku membe dia pon da kawen, dorang buat project sbelah rumah aku je) sekian lama aku dibod*h2 kan suami nak pergi sebelah main game nak pergi sebelah nak pekene binatang tu aku percaya n percaya) ..
korang rasa aku ptut rasa apa?? ya’allah.. patut lagi ke aku rasa bersalah? mungkin sebab ni lah allah bagi takdir hidup aku macam ni. dia penagih aku terima.. dia tak kerja aku terima.. ni yang aku dapat? ya’allah… lepas dia sentuh betine luar bini dia dekat rumah ni dia sentuh rasa tak bersalah? ape patut aku rasa yaallah.. dan aku termakan pujuk rayu dia… aku mengandung kan anak dia sekarang.. tapi status kitorang takkan boleh bersama lagi walau di suruh bersatu pun aku tak akan nak lah hidup semula dengan dia.. dan aku dapat tahu perangai dia macam tu dalam keadaan aku mengandung dan dah ditalak 3??
ya’allah.. ujian apa yaallah. apa ujian aku ya’allah. perit.. dia yang berlagak baik sekarang berlagak sempurna dimata keluarga aku.. tapi dusta.. kenapa aku batu tahu sekarang? dulu dibod*h2 kan… sekarang maseh lagi dibodoh2 kan.. aku down sangat… aku pandang anak2 je kalau ada benda bod*h terlintas dalam kepala aku ni..!




