Assalammualaikum.. mohon hide ye. Saya janda anak 3. Hampir setahun saya menjalin hubungan dengan suami orang. Peringkat permulaan saya ingat dia main-main. Saya pun just berkawan biasa je. Takde pulak saya simpan rasa nak pegi ke step seterusnya. Baru- baru ni saya tertanya tanpa sengaja, ikhlas ke nak pegi step seterusnya. Die jawab ‘ye’ . Biasalah kan bila berkawan dengan suami orang ni banyak hati kena jaga dalam situasi macam ni saya banyak mengalah sebab saya tahu, kalau saya trus dengan die, saya kena belajar bersabar. Ofcoz yg pertama akan didahulukan, yang kedua kena sedar diri sebab akan menjadi yang kedua dalam semua perkara.
Walapun saya janda, saya dah mempunyai rumah, kereta, kerjaya.. yang tak ade hanya suami. Nak kecam saya, saya redho. Mesti akan ada yang berkata saya ni ‘lapar’. Fyi.. kalau bercinta dengan duda, kena tahu kenapa die ‘menduda’.. adakah duda kemattian isteri atau duda menceraikan isteri. Kalo bercinta dengan org bujang, kena tgk juga part ‘kerja’ ‘kewangan’ ‘family’.
Untuk bercinta dengan suami orang, kena tengok bgamana die layan kita ‘masa’ yang penting bila die dengan isteri, die tak curi curi call kita or watsapp kita. Dan kita yang konon konon nak jadi no.2 ni jangan sesekali mesej or call suami orang tu sebab itu adalah ‘privacy’. Kena sabar dan tunggu je la.. kalau ada jodoh. Kalau betul betul ikhlas kena tunggu dan sabar